Sekolah tahfiz di Melaka pula ditutup akibat penularan Covid-19

December 4, 2021 · Isu semasa

Sebuah sekolah tahfiz di Chenderah di Jasin, Melaka ditutup semalam tujuh hari selepas terdapat kes jangkitan Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata mereka yang didapati positif kini sedang menjalani kuarantin wajib.

Menurutnya, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Jasin, sudah melakukan saringan kepada semua pelajar dan staf di sekolah berkenaan.

“Dimaklumkan terdapat beberapa pelajar asrama serta cikgu yang positif Covid-19 dan mereka sudah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) MITC, Ayer Keroh.

“Semua mereka ini dalam keadaan yang sihat dan hanya mengalami simptom ringan sahaja,” katanya.

Dr Muhamad Akmal berkata, terdapat beberapa penambahbaikan perlu dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membabitkan prosedur operasi standard (SOP).

“Bagi sekolah berasrama mewajibkan setiap individu yang masuk ke sekolah perlu melakukan ujian RTK yang mengambil masa tidak sampai 10 minit.

“Ujian RTK berkala secara rawak juga perlu untuk mengurangkan risiko jangkitan selain dapat memastikan keselamatan serta kesihatan anak-anak yang belajar terjamin,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok