Sekolah dibuka 2 Januari – 20 Mac

Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 akan bermula 2 Januari hingga 20 Mac 2022 bagi sekolah di negeri-negeri Kumpulan A, sementara 3 Januari hingga 20 Mac 2022 bagi sekolah di negeri-negeri Kumpulan B.

Kementerian Pendidikan (KPM) berkata sekolah di negeri Kumpulan A adalah Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Kumpulan B pula membabitkan Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Cuti akhir Penggal 3 akan bermula pada 25 Februari 2022 hingga 20 Mac 2022.

“Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 akan bermula pada 21 Mac 2022 hingga 11 Mac 2023 bagi sekolah di negeri Kumpulan A dan pada 21 Mac 2022 hingga 12 Mac 2023 bagi sekolah di negeri Kumpulan B.

“Sesi Persekolahan Penggal 3, 2021/2022 dan Kalendar Akademik Sesi 2022/2023 boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM di pautan https://www.moe.gov.my/takwim mulai hari ini,” katanya.

BERITA BERKAIT
POPULAR