Sekolah beroperasi ikut panduan, SOP yang ditetapkan

October 13, 2021 · Isu semasa

Pengoperasian sekolah menerusi pembelajaran dan pengajaran (PdP) secara bersemuka ketika ini dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur, mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata secara keseluruhan, hampir 300,000 murid telah hadir bagi PdP bersemuka pada minggu pertama pembukaan sekolah di negeri Fasa Dua, Tiga dan Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 3 Oktober lepas.

Bagaimanapun, katanya bagi negeri Johor dan Kedah, sesi persekolahan secara bersemuka hanya bermula pada 10 Oktober, mengikut ketetapan bagi negeri yang terlibat dengan peralihan fasa PPN.

“Terima kasih kepada semua pihak, khususnya ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama, serta guru yang telah bertungkus lumus membuat persiapan.

“Semoga usaha untuk merapatkan kembali anak-anak dengan sistem persekolahan secara bersemuka ini dipermudah dan sesi dapat terus berlangsung dengan teratur dan selamat,” katanya lapor Bernama.

Kenyataan itu dibuat selepas Radzi menghadiri Mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19 yang dipengerusikan oleh Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi memaklumkan status pembukaan sekolah secara bersemuka. 

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Ajak pelajar sekolah tonton Untold Story, pembangkang tuntut menteri jawab
May 25, 2023· Isu semasa
MP Putrajaya kongsi surat tular kepada pelajar minta tonton filem Anwar
May 24, 2023· Politik
Menteri Pendidikan tampil jadi pembaca berita
May 16, 2023· Politik
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
4 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
4 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
24 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
24 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
June 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok