Sekolah baharu dibina di kawasan padat penduduk: Radzi

June 25, 2022 · Isu semasa

Kementerian Pendidikan (KPM) memberi keutamaan untuk membuka sekolah baharu di kawasan berkepadatan penduduk yang tinggi seperti di Klang, Selangor dan beberapa kawasan di Johor.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata pihaknya sedang mencari lokasi sesuai untuk pembinaan sekolah baharu di kawasan itu memandangkan kesukaran mendapatkan tanah antara kekangan sedang dihadapi oleh kementerian.

“Klang sebagai contoh, ini antara kawasan paling padat dan ada sekolah yang bilangan pelajarnya 4,000 orang membabitkan dua sesi iaitu pagi dan petang.

“Beberapa usaha telah dibuat untuk kita dapatkan sekolah-sekolah baharu di kawasan ini, namun begitu di kawasan-kawasan padat ini kekangan utama kita adalah tanah kerana tidak semua kawasan ini ada tanah telah tersedia (untuk pembinaan sekolah),” katanya, menurut Bernama.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Bangunan Tambahan dan Padang serta perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18(2) ke-10, di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata pihaknya mendapati sesetengah kawasan perumahan yang jumlah penduduknya meningkat dengan mendadak dan pembangunan perumahan di kawasan tersebut berlaku dengan cepat.

“Jadi kita mengambil pendekatan untuk memberi tumpuan di kawasan-kawasan ini,” katanya sambil menambah secara purata 10 buah sekolah baharu dibina setiap tahun.

Dalam perkembangn lain, Radzi berkata KPM akan mengkaji kurikulum pendidikan sekolah rendah yang didakwa beraras tinggi dan murid sukar untuk menguasai subjek tertentu.

Beliau berkata semakan semula kurikulum sekolah rendah dan menengah akan dilaksanakan kelak berikutan pusingan pertama Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) tamat pada tahun ini manakala Kurikulum Standard Sekolah Menengah(KSSR) telah tamat tahun lepas.

“Jika tamat pusingan ini, memang kita akan semak semula silibus. Kita lihat kesesuaian dengan mengambil kira keadaan dan perkembangan semasa.

“Ia tidak boleh dibuat secara suka-suka, ada proses perlu diikuti. Tidak boleh hari ini kata nak semak, kita boleh semak.

“Dalam konteks ini, dalam semakan semula nanti, kita akan lihat sama ada isunya sama ada(kurikulum) benar-benar kompleks atau ketidakbiasaan. Ini perkara yang sedang kita beri tumpuan,” katanya.

Ditanya mengenai kluster Influenza-Like-Illness (ILI) yang melibatkan sebuah sekolah menengah berasrama di Selangor, Radzi berkata KPM sentiasa mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai isu tersebut.

“Esok kita akan berbincang lagi untuk melihat keadaan semasa untuk pastikan anak-anak kita dapat hadir ke sekolah dalam keadaan selamat,” katanya.

Sementara itu, Radzi berkata sebuah blok bangunan baharu dan padang bola akan dibina di SK Putrajaya Presint 18(2) melibatkan kos RM14.5 juta dan dijangka siap Mei 2024.

Beliau berkata bangunan baharu itu akan dilengkapi dengan 18 bilik darjah, bilik mesyuarat guru dan bilik guru serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.

Berita berkaitan
KPM siasat sekolah jemput Haqiem Stopa: Radzi
July 7, 2022· Isu semasa
Radzi wakili Malaysia di Persidangan UNESCO
June 28, 2022· Isu semasa
Proses pertukaran guru akan disusun semula: Radzi
May 16, 2022· Isu semasa
Kontrak guru akan disambung dua tahun lagi, Menteri nafi guru tak dapat gaji
May 5, 2022· Isu semasa
Popular
Bersatu gesa kerajaan tubuh RCI siasat skandal kapal tak siap
August 8, 2022
Rafizi dakwa ada surat bocor kaitkan Najib berhubung kontrak LCS
August 8, 2022
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
August 8, 2022
Pengarah urusan syarikat tipu pakeh umrah dipenjara 10 tahun
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
PM lapor polis akaun Telegram, Signal peribadi digodam
29 minit lalu · Isu semasa
Skandal LCS: Keselamatan negara atau selamatkan wang negara daripada hangus?
34 minit lalu · Isu semasa
Kes baharu semalam kekal bawah 3,000, enam kematian dicatat
42 minit lalu · Isu semasa
Pengarah urusan syarikat tipu pakej umrah dipenjara 10 tahun
9 jam lalu · Isu semasa
Subsidi bersasar dilaksana apabila keadaan ekonomi mengizinkan: Zafrul
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok