Sekatan larangan pulang hari raya, apa kata rakyat?

April 30, 2021 · Isu semasa

Meskipun merindui kampung halaman, namun ramai warga kota akur dengan ketetapan kerajaan yang tidak membenarkan mereka merentas negeri untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangkakan pada 13 Mei depan.

Tinjuan Agenda Daily di sekitar Kuala Lumpur mendapati orang ramai yang ditemui bersetuju kerajaan melarang rentas negeri sempena Aidilfitri bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Apa lagi sejak beberapa hari lalu kes jangkitan Covid-19 di seluruh negara mencatatkan peningkatan, selain Malaysia diramal bakal berdepan gelombang keempat pandemik itu.

Rata-rata mereka yang ditemui menyifatkan tindakan itu sebagai langkah bijak kerajaan untuk mengekang penularan dari satu negeri ke negeri lain.

Eddie

“Apa yang kerajaan buat itu kita ikutlah. Bagi saya ini sebagai langkah pencegahan untuk mengelak berlaku keadaan yang lebih teruk. Sama-sama kita nak lawan (Covid-19) kita kena ikutlah SOP,” kata Eddie yang berasal dari Terengganu.

Khairul Hisham atau Along

Sementara itu menurut Along yang berasal dari Negeri Sembilan, meskipun sedih tidak dibenarkan merentas negeri, dia menerimanya dengan hati terbuka demi kebaikan bersama.

“Sabarlah bang, kita kena terima… janganlah hendak memandai-mandai… ikutlah dulu, keadaan sekarang pun tak ok, bagitau saya siapa tak nak balik kampung,” katanya.

Ayu

Dalam pada itu, Ayu yang berasal dari Perak mengakui jiwanya meronta untuk pulang ke kampung, namun tetap akur keputusan kerajaan tidak membenarkan orang ramai berbuat demikian.

“Allahuakbar dua tahun tak boleh balik, memang sedih. Kerajaan tak benarkan ini sebenarnya keputusan yang bagus, tengok dulu-dulu… ada rentas negeri, kes naik,” katanya yang merindui masakan ibunya di Sungai Siput.

Ijah

Sementara menurut Ijah, dia amat terkesan dengan keputusan berkenaan kerana tidak dapat beraya bersama anak-anaknya yang kini berada di Negeri Sembilan.

“Kita nak balik rumah mak mentua di Negeri Sembilan tak boleh balik… ada anak kat sana…jadi janganlah tanya lagi nak nangis ni, sudah dua tahun tak boleh balik beraya sebab jauh,” katanya sebak menahan kerinduan kepada anak-anaknya.

Terdahulu, kerajaan memuktamadkan orang ramai tidak dibenarkan merentas negeri untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 13 Mei depan ekoran trend jangkitan Covid-19 yang tidak menunjukkan penurunan ketika ini.

Ini merupakan tahun kedua warga kota serta anak perantauan tidak dapat menyambut hari raya di kampung halaman.

Sehingga 17 Mei depan, Kelantan kekal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), enam negeri serta Kuala Lumpur dikenakan PKP Bersyarat (PKPB) dan sembilan lagi kekal dengan status PKP Pemulihan (PKPP).

Larangan rentas negeri itu menjadikan kira-kira 1.796 juta penduduk di Kuala Lumpur, Selangor (6.7 juta) dan Putrajaya (91,900) kekal menyambut lebaran di kediaman masing-­masing.

Bagaimanapun, merentas daerah masih dibenarkan kecuali di Sabah dan Sarawak.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, secara keseluruhan, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan status kes Covid-19 di kebanyakan negeri ketika ini menunjukkan trend tidak stabil serta nilai kebolehjangkitan (R-naught) meningkat dan melepasi angka 1.0 sejak 20 hari lalu.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok