Sekat MP ada kes mahkamah hadir Parlimen zalim: Ahmad Maslan

June 4, 2022 · Isu semasa

Anggota Parlimen (MP) Barisan Nasional (BN), terutama daripada UMNO, akan menolak cadangan pindaan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 (Akta 347), berhubung sekatan kehadiran mengikuti sidang Dewan Rakyat bagi MP yang mempunyai kes mahkamah.

Penolakan itu berdasarkan kenyataan oleh MP Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi Twitter hari ini, yang tidak menyokong cadangan pindaan berkenaan.

Malah, Setiausaha Agung UMNO itu menyifatkan cadangan pindaan berkenaan adalah zalim kerana melanggar prinsip asas keadilan iaitu ‘tidak bersalah sehingga diputuskan benar-benar bersalah’.

Untuk rekod, beberapa kalangan MP BN, khususnya daripada UMNO, kini berdepan pelbagai kes mahkamah.

Ini termasuk Ahli Parlimen Bagan Datuk yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Pekan yang juga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Malah, Najib telah didapati bersalah dan dihukum penjara serta denda berhubung dana SRC International, namun kini dalam proses merayu kepada Mahkamah Persekutuan setelah Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan hukuman oleh Mahkamah Tinggi.

Najib turut berdepan beberapa lagi pertuduhan jenayah membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), cukai dan meminda laporan audit 1MDB.

Manakala, Zahid pula telah diarahkan membela diri terhadap 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu setelah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Ahmad Zahid, 69, terhadap 12 pertuduhan CBT, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta.

Zahid turut berdepan 40 lagi pertuduhan, termasuk rasuah, berhubung kontrak visa di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata sistem kehakiman di Malaysia berpegang kepada seseorang itu tidak bersalah sehingga diputuskan benar-benar bersalah, tanpa mengira MP kerajaan, pembangkang atau rakyat biasa.

“Hukuman pula boleh dirayu hingga ke Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

“Sehinggalah Mahkamah Persekutuan membuat keputusan, seseorang itu masih berpeluang untuk didapati tidak bersalah atau bersalah,” katanya.

Semalam, media melaporkan, Kabinet bersetuju dengan cadangan melaksana reformasi Parlimen termasuk meminda Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 (Akta 347) sama ada melarang atau membenarkan Ahli Parlimen yang dituduh di mahkamah, digantung daripada menghadiri persidangan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata perkara itu masih diperhalusi untuk disesuaikan dengan perkembangan dan peraturan sedia ada Dewan Rakyat.

Selain pindaan Akta 347, Wan Junaidi berkata, dua lagi cadangan reformasi Parlimen yang dipersetujui Kabinet pada mesyuarat kelmarin adalah berkaitan penggubalan Akta Perkhidmatan Parlimen serta pengenalan Draf Kod Etika Ahli-Ahli Parlimen.

Susulan keputusan Kabinet itu, beliau sudah memohon supaya Speaker Dewan Negara dan Dewan Rakyat mengadakan persidangan jawatankuasa dipengerusikan mereka bagi memutuskan rangka kerja serta libat urus menteri dengan semua pemegang taruh berkaitan undang-undang berkenaan.

“Ia juga bagi membincangkan cadangan takwim, garis masa dan tindakan lanjut yang akan dilaksanakan oleh Parlimen serta Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Kedua-dua perkara ini berada dalam agenda pembaharuan Parlimen yang dipersetujui menerusi Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang termaktub dan dimeterai pada 13 September 2021,” katanya.

Berita berkaitan
Wan Fayhsal sahut cadangan potong gaji Menteri untuk bantu rakyat
2 jam lalu· Isu semasa
Pembangkang harus rapatkan saf ketika UMNO kini retak menunggu belah
9 jam lalu· Rencana
Mat Maslan yakin UMNO tidak berpecah selepas pendedahan Tajuddin
9 jam lalu· Politik
Ketua Penerangan UMNO tak tahu siapa Tajuddin jumpa di Putrajaya?
12 jam lalu· Politik
Popular
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Zahid sakit pula, perbicaraan petang ini disambung esok
June 29, 2022
Zahid setuju dia diberi ruang luas bela diri di mahkamah
June 29, 2022
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
June 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Laidlaw tak layak wakili Najib, kata peguam KL kepada mahkamah
2 jam lalu · Isu semasa
PM umum pasukan petugas khas tangani inflasi
3 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kata hakim kes SRC Najib tiada konflik kepentingan
3 jam lalu · Isu semasa
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
3 jam lalu · Isu semasa
RM9.40 sekilogram harga siling baharu ayam mulai 1 Julai
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tajuddin sedia jadi calon Bebas atau Pas jika UMNO ‘main kasar’
June 27, 2022
[VIDEO] Zahid wajar fokus kes mahkamah, mudah-mudahan selamat, sindir Tajuddin
June 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok