Sekat kemasukan dari India bukan kerana rasis: Muhyiddin

April 27, 2021 · Isu semasa

Keputusan kerajaan menyekat kemasukan pengembara dari India bukan berunsurkan diskriminasi atau rasis, sebaliknya mahu mengawal penularan kes Covid-19 varian baharu daripada merebak di Malaysia, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Memetik laporan Bernama Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat ketika beliau mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam.

“Semalam kita buat keputusan, kita sekat atau larang, tak benarkan orang yang datang dari India (masuk). Ini bukan soal rasis atau diskriminasi. Ini adalah untuk memastikan supaya varian yang begitu ganas yang dibawa dari sana tidak akan terjangkit ke sini.

“Jadi kita tidak akan membenarkan mereka masuk ke sempadan Malaysia sama ada menerusi darat, laut atau udara,” katanya di Tangkak, Johor, hari ini.

Muhyiddin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gambir itu turut berkata beliau ada melihat rakaman video menunjukkan keadaan terkini Covid-19 di India yang cukup dahsyat akibat penularan varian lebih ganas daripada biasa menyebabkan banyak nyawa terkorban.

“Apabila melihat apa yang berlaku di negara India seperti yang saya sebutkan tadi…(seperti) di Brazil (dan) di banyak negara…varian baharu yang telah ditemukan lebih ganas daripada yang asal. Kesemua (perkembangan) ini meletakkan kita dalam keadaan yang cukup mencabar.

“Tak boleh leka satu hari pun, tak boleh…kerana kalau mungkin sehari akan berlaku perkara yang tidak dapat kita fikirkan berlaku dan ini akan membawa kesan kepada nyawa dan ekonomi negara kita,” kata Ahli Parlimen Pagoh itu.

Disebabkan itu juga, Muhyiddin mengakui kerajaan menghadapi kesukaran dalam membuat pertimbangan mengenai isu pembukaan sempadan meskipun terdapat banyak rayuan oleh pelbagai pihak.

“Sempadan kita masih kekal tutup walaupun ada rayuan oleh sesetengah pihak supaya dibuka untuk membolehkan pergerakan tetapi kita menimbang daripada pelbagai sudut. Mungkin kalau kita buka terlalu awal, ia akan menjadi masalah. Kalau tak buka langsung seperti sekarang pun bermasalah.

“Ini pertimbangan-pertimbangan amat sukar yang saya sendiri terpaksa buat kalau sebahagian besar kes itu dibawa ke sidang khas MKN yang saya pengerusikan,” katanya.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Tiada bekalan telur ayam di Terengganu, mana Mat Sabu?
December 19, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok