Sekarang pun sudah ada tempat yang banjir, kata MetMalaysia

October 6, 2022 · Isu semasa

Walaupun kebiasaannya bencana banjir berlaku semasa musim monsun timur laur sekitar November dan Disember tetapi sekarang ini pun sudah banyak tempat dilanda bencana banjir.

Timbalan Ketua Pengarah MetMalaysia Hisham Mohd Anip berkata mengambilkira faktor tersebut boleh dikatakan ia bukan waktu yang sesuai sekiranya pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) mahu diadakan pada masa terdekat ini.

“Dalam tempoh peralihan pun banyak tempat sudah banjir. Ada (kejadian) banjir di Perak dan Johor.

“Jadi dari segi kesesuaian, ia tidak membantu untuk mengadakan pilihan raya,” katanya semasa menjawab pertanyaan media ketika Forum Iklim Kebangsaan hari ini.

Untuk rekod, monsun timur laut diramal melanda sekitar November tahun ini sehingga Mac tahun depan.

Ketika ini, negara berada dalam fasa peralihan monsun selepas mengalami monsun barat daya.

Katanya, negeri pantai barat juga semakin terkesan dengan kehadiran monsun timur laut berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya berdasarkan model cuaca sedia ada, monsun timur laut yang bakal melanda tidak akan membawa cuaca yang ekstrem dengan paras hujan normal atau kurang dari normal.

“Tidak ada satu model beri unjuran akan adanya jumlah hujan yang ekstrem dari segi kuantiti hujan bulanan.

“Kita tak menjangka fenomena La Nina yang sedang berlaku akan mengakibatkan kita menerima hujan yang lebih banyak,” tambahnya.

Menurut Hisham, MetMalaysia juga mengunjurkan kuantiti hujan yang melebihi kelaziman dijangka melanda utara dan timur Sabah pada Disember dan Januari.

Di Pantai Timur Semenanjung sering menjadi keutamaan usaha pengurusan bencana ketika musim monsun, katanya tiada perubahan jumlah hujan yang signifikan akan melanda.

Beberapa kawasan sudah mengalami banjir seperti di Pahang dan Johor membabitkan pemindahan ratusan mangsa ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Spekulasi bertiup kencang Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini bagi memohon pembubaran Parlimen selepas mendapat mandat daripada UMNO untuk mempersembahkan cadangan PRU-15 diadakan segera.

UMNO juga dilihat membuat pelbagai persediaan sebagai isyarat PRU-15 akan diadakan pada masa terdekat.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok