Sekarang baharu Najib minta Dewan Rakyat bahas isu tuntutan Sulu

July 19, 2022 · Isu semasa

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menggesa Dewan Rakyat membahas mengenai tuntutan keturunan kesultanan Sulu sambil mengalih serangan kepada Pakatan Harapan (PH) yang menjadi kerajaan pada 2018 hingga awal 2020.

Untuk rekod, ada 2013, Malaysia dibawah pentadbiran Najib telah menghentikan pembayaran RM5,300 kepada waris kesultanan Sulu selepas serangan ke atas Lahad Datu oleh Jamalul Kiram III.

Dalam kenuyataan di Facebook beliau hari ini, Najib juga mengecam surat ditulis bekas Peguam Negara (AG) Tan Sri Tommy Thomas pada 2019, yang telah digunakan oleh peguam mewakili waris kesultanan Sulu untuk menyangkal penolakan Malaysia terhadap identiti mereka.

“Persoalan-persoalan ini harus dijawab supaya PH tidak membasuh tangan daripada perkara itu seolah-olah mereka tidak bersalah dan tidak digunakan untuk menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pentadbirannya dahulu atau semasa,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook.

Beliau menuntut untuk mengetahui sama ada benar isu waris kesultanan Sulu tidak dibawa dalam perbincangan Kabinet PH dan jemaah menteri ketika itu tidak mengetahui surat Thomas.

Ahli Parlimen Pekan itu juga ingin tahu bila waris kesultanan Sulu memulakan saman mereka terhadap Malaysia dan mengapa Thomas tidak menghantar peguam untuk melawan saman itu.

Selain itu, beliau ingin tahu sama ada PH mempunyai pendapat yang sama dengan mendiang Karpal Singh, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan penganalisis undang-undang bahawa kerajaan harus menghentikan semua pembayaran kepada waris kesultanan Sulu dan enggan mengakui tuntutan mereka.

Najib membuat kenyataan itu setelah pembangkang, khususnya PKR hari ini membuat laporan terhadapnya yang didakwa telah bertindak secara lalai sehingga menyebabkan aset negara, seperti Petronas, di seluruh dunia terdedah kepada rampasan mengikut undang-undang.

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini mengetuai lebih 12 laporan polis terhadap Najib yang didakwa PKR cuai sehingga menjadi punca terpaksa berdepan tuntutan kira-kira RM67.5 bilion daripada waris keturunan Sulu.

Pada 12 Julai dilaporkan aset dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan dirampas oleh kumpulan Sulu, yang dikatakan menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia.

Langkah itu yang pertama kali dilaporkan adalah sebahagian daripada tindakan undang-undang yang dikemukakan pada 2017 oleh kumpulan Sulu untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.

Bagaimanapun, kerajaan berjaya mendapatkan perintah pelaksanaan rampasan itu.

Jumaat lalu, Rafizi berkata kegagalan dan kecuaian Najib menyebabkan harta kerajaan – Petronas dan badan lain – terdedah kepada rampasan di seluruh dunia, walaupun sudah mengetahui perkara itu sejak 2017.

Dalam suratnya sebelum ini, Thomas dilaporkan melampirkan salinan penghakiman 1939 oleh Charles F. Macaskie, ketua hakim Mahkamah Tinggi Borneo Utara (sebagaimana dipanggil Sabah ketika itu) dan berkata bahawa Malaysia tidak mempertikaikan identiti individu tersebut dan hak mereka untuk dibayar.

Thomas juga dilaporkan melahirkan rasa kesal kerana pembayaran dihentikan pada 2013 dan menyatakan bahawa Malaysia “kini bersedia” untuk membayar tunggakan kepada waris kesultanan Sulu berjumlah RM48,300.

Berita berkaitan
Dua negeri diarah bersiap sedia susulan amaran hujan berterusan
August 6, 2022· Isu semasa
Bukit Aman tentukan pertukaran anggota dalam siasatan: Polis Sarawak
August 4, 2022· Isu semasa
Bekas pengarah, pegawai kerajaan buat tuntutan palsu ditahan SPRM
August 2, 2022· Isu semasa
Di mahkamah, Najib isytihar miliki aset RM4.49 juta termasuk 5 kereta Mercedes
August 2, 2022· Politik
Popular
Bersatu gesa kerajaan tubuh RCI siasat skandal kapal tak siap
August 8, 2022
Rafizi dakwa ada surat bocor kaitkan Najib berhubung kontrak LCS
August 8, 2022
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
August 8, 2022
Pengarah urusan syarikat tipu pakeh umrah dipenjara 10 tahun
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Skandal LCS: Keselamatan negara atau selamatkan wang negara daripada hangus?
August 9, 2022 · Isu semasa
Kes baharu semalam kekal bawah 3,000, enam kematian dicatat
9 minit lalu · Isu semasa
Pengarah urusan syarikat tipu pakeh umrah dipenjara 10 tahun
9 jam lalu · Isu semasa
Subsidi bersasar dilaksana apabila keadaan ekonomi mengizinkan: Zafrul
9 jam lalu · Isu semasa
Polis tahan Lelaki letak vape dalam mulut bayi
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
24 jam lalu
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok