Sejuta dos Sinovac hujung bulan ini untuk rakyat

April 1, 2021 · Isu semasa

Rakyat Malaysia bakal diberi hampir satu juta dos vaksin Sinovac menjelang hujung bulan ini selepas proses validasi (PV) pengilangan kelompok dan data kajian kestabilan vaksin dapat disediakan pertengahan April ini.

Pengarah Urusan Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) Datuk Zulkarnain Md Eusope proses itu akan melengkapkan permohonan pendaftaran sebelum diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk ia diberikan kepada rakyat nanti.

“Setakat hari ini kita telah menyediakan hampir 200 ribu vial vaksin yang telah diedarkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM). Kita juga dalam proses mendapatkan kelulusan NPRA untuk produk ‘fill and finish’ yang sekarang ini berada di kilang kita lebih kurang 300,000 dos.

“Pada masa yang sama juga kita telah menerima lebih kurang 400 liter (vaksin) lagi dan akan kita membuat proses fill and finish itu di kilang kita,” katanya selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan Pharmaniaga.

Zulkarnain berkata sasaran itu sekali gus dapat memenuhi hasrat kerajaan yang menjangkakan Pharmaniaga mampu mengeluarkan dua juta dos vaksin Sinovac setiap bulan bagi menjamin aspek bekalan yang stabil di Malaysia.

Berita berkaitan
Sinovac dan Kemboja tandatangani MoU pembotolan vaksin
June 2, 2022· Dunia
Vaksin CanSinoBIO buatan China dapat kelulusan WHO
May 20, 2022· Dunia
30 peratus kanak-kanak sudah lengkap vaksin
May 17, 2022· Isu semasa
28 peratus kanak-kanak lengkap vaksin Covid-19 di Malaysia
May 13, 2022· Isu semasa
Popular
Lokman dituduh hina mahkamah ketika prosiding kes Zahid berjalan
June 30, 2022
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Zahid diingat jaga sikap, mahkamah bukan kedai kopi, MT UMNO
June 30, 2022
Mas Ermieyati kaji tindakan terhadap tuduhan Zahid, nafi guna dana parti
June 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lesen pengilang enggan beli sawit, jejas minyak masak digantung
6 jam lalu · Isu semasa
JPA kaji waktu kerja 4 hari seminggu
6 jam lalu · Isu semasa
SRC: 29 Julai pengurusan kes Najib jawab afidavid pendakwaaan
6 jam lalu · Isu semasa
APMM aktifkan operasi cari bot bawa 13 pemancing, kru
7 jam lalu · Isu semasa
Agihan pendapatan ASB 3 Didik 4.25 sen
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
7 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok