Sejak 2015 lagi Najib mengaku terima RM42 juta dana SRC

August 19, 2022 · Isu semasa

Pihak pendakwaan hari ini (19 Ogos 2022) berhujah bahawa Mahkamah Persekutuan perlu mengekalkan sabitan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Razak dan menghantarnya terus ke penjara atas jenayah mencuri RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd (SRC), sebagaimana yang diakui bekas Perdana Menteri (PM) itu dalam keterangan bersumpah sejak 2015.

Pendakwa raya ad hoc Datuk V Sithambaram berkata keterangan bersumpah itu boleh diperoleh dalam afidavit bersumpah yang difailkan Najib dalam saman sivilnya terhadap bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik, lama sebelum Ahli Parlimen Pekan itu didakwa dalam kes SRC.

“Perayu telah membuat pengakuan dalam afidavitnya sendiri yang mengesahkan pengetahuannya mengenai RM42 juta yang masuk ke akaun bank peribadinya sebagai berasal dari SRC,” kata Sithambaram.

Beliau berkata keterangan itu disahkan oleh Ranjit Singh, seorang peguam yang sebelum ini mewakili Dr Ling dan telah memberi keterangan dalam perbicaraan SRC sebagai saksi pendakwaan.

“Perayu dalam afidavitnya berkata seperti berikut, “Saya telah mengaku bahawa AS$700 juta memang masuk ke akaun saya sebagai derma peribadi dan RM42 juta yang berasal dari SRC masuk ke akaun saya tanpa mengetahui bahawa ia disalurkan melalui dua perantara’,” kata Sithambaram lagi.

Memetik MalayMail, Sithambaram berkata afidavit bersumpah itu memberikan bukti langsung pengakuan Najib terhadap pengetahuan yang menyebabkan bekas PM itu bersalah seperti yang didakwa.

Sithambaram seterusnya berhujah bahawa semua tindakan yang diambil oleh Najib dalam pelbagai jawatan kerajaan yang disandangnya digunakan untuk mencapai keinginan peribadinya unbagituk mengaut keuntungan secara salah atau menyebabkan kerugian kepada SRC.

“Tiada sebarang bukti bahawa perayu pernah bertindak untuk melindungi dan memelihara kepentingan SRC, sedangkan dia diwajibkan dari segi undang-undang.

“Adalah jelas bahawa dia menggunakan semua jawatannya untuk mendapatkan keuntungan kewangan daripada pinjaman Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP). Apa yang dirancang perayu bagi berbilion-bilion yang dibekukan di bank Switzerland adalah tekaan sesiapa sahaja,” katanya.

Sithambaram menambah, pembelaan Najib bahawa dia tidak mengetahui sumber dana juga merupakan pembohongan yang disengajakan kerana afidavit bersumpah yang sama mengesahkan pengetahuannya bahawa RM42 juta itu datang daripada SRC sebelum memasuki akaun bank peribadinya.

“Ini dinyatakan dalam undang-undang pengakuan secara bertulis terhadap kepentingan,” kata pendakwa.

Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada Julai 2020 dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib.

Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada Julai 2020 berhubung hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib.

Najib telah didapati bersalah atas satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram.

Perbicaraan di Mahkamah Persekutuan sekarang ini dijadualkan berlangsung selama sembilan hari, dari 15 Ogos hingga 19 Ogos dan akan disambung semula selepas hujung minggu ini dari 23 Ogos hingga 26 Ogos.

Pada dua hari iaitu 15 dan 16 Ogos masa dihabiskan untuk mendengar permohonan Najib untuk menambah bukti baharu dan menuntut penangguhan perbicaraan rayuan terakhir, tetapi ditolak oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 18 Ogos sebagai permulaan perbicaraan rayuan terakhir itu. Ini adalah peluang terakhir Najib untuk meyakinkan hakim bahawa sabitan dan hukumannya harus dibatalkan.

Berita berkaitan
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok