Segerakan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri bantu rakyat susah

July 2, 2022 · Isu semasa

Majlis Pemulihan Negeri perlu segera dibentuk bagi melancarkan usaha memulihkan ekonomi bersepadu melibatkan kerjasama kerajaan Pusat dan negeri, kata Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata cadangan penubuhan majlis itu telah diusulkan kepada kerajaan dan dipersetujui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, lapor Bernama.

Muhyiddin berkata majlis pemulihan itu sebaik-baiknya diketuai Menteri Besar atau Pengerusi Jawatankuasa negeri yang bertanggungjawab dalam soal ekonomi di peringkat negeri masing-masing kerana soal pentadbiran dan perniagaan ada kaitan dengan bidang kuasa kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Sewajarnya kerajaan negeri juga harus bertindak mengambil langkah-langah yang diperlukan untuk menyelesaikan pelbagai isu malahan beri bantuan dan sokongan kepada mereka yang terkesan seperti peniaga terutama usahawan kecil bumiputera,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Dialog Pengerusi MPN Bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Kelantan di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata aspek sedemikian jika tidak diberi tumpuan segera akan memberikan kesan besar antaranya pertambahan kadar kemiskinan.

Berikutan pandemik Covid-19, semakin ramai golongan T20 sudah berubah menjadi M40 dan begitu juga M40 dan B40 yang berubah status ekonomi mereka.

“Jelas terbukti bilangan yang sudah jatuh miskin sangat ramai. Sebahagian besar kategori itu orang Islam termasuk bumiputera Sabah dan Sarawak,” kata Muhyiddin.

Berita berkaitan
Rafizi, siapa terduduk ni? soal MB Perlis
January 26, 2023· Politik
Ronald dilantik Ketua Bersatu Sabah ganti Hajiji sokong Anwar
January 14, 2023· Politik
MB Terengganu umum bantuan tunai dan baiki rumah mangsa banjir
December 23, 2022· Isu semasa
Asyik saman sana sini, netizen persoal bila kerajaan nak selesai masalah rakyat
December 15, 2022· Politik
Popular
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
January 27, 2023
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Strategi hadapi krisis ekonomi 2023
January 28, 2023
Hakim baharu dalam rayuan bekas menteri Sabah terhadap sabitan dan hukuman
January 27, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Strategi hadapi krisis ekonomi 2023
8 jam lalu · Isu semasa
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
18 jam lalu · Isu semasa
Kes 1MDB: Saksi mengaku gagal kendali akaun Najib
23 jam lalu · Isu semasa
Pemimpin PAS dan Bersatu berkumpul di depan Kedutaan Sweden, tiada pemimpin UMNO
January 27, 2023 · Isu semasa
Kes bunuh pengawal keselamatan, tertuduh dijatuhi hukuman mati
January 27, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ustaz Ahmad di majlis kutipan dana PRN Pas Kedah
12 jam lalu
[VIDEO] Noh Omar boleh rayu lagi walaupun sabotaj 16 kali, kata Megat Zulkarnain
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok