Segerakan bantuan kepada mangsa banjir, kurangkan birokrasi: Muhyiddin

January 5, 2022 · Isu semasa

Kerajaan perlu segera memberi bantuan kepada mangsa bencana banjir yang terjejas teruk baru-baru ini dan mempermudahkan proses permohonan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu berkata kerajaan perlu memastikan maklumat berhubung bentuk bantuan yang akan diberikan sampai kepada mangsa banjir kerana masih ramai yang tidak mengetahuinya dan ia perlu dilaksanakan secara sistematik.

Saya juga dimaklumkan yang tidak semua mangsa banjir mengetahui tentang bantuan-bantuan yang disediakan Kerajaan Persekutuan.

“Saya harap maklumat ini dapat disebarluaskan dengan lebih sistematik dan terus kepada golongan sasar agar tidak ada mangsa yang tertinggal atau terlepas daripada menerima bantuan ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Muhyiddin terdahulu meninjau keadaan banjir di kawasan Parlimen Pagoh meliputi Bukit Gambir dan Bukit Kepong yang sudah dinaiki air selepas sungai melimpah.

Berhubung bantuan yang akan diberikan, Muhyiddin menggesa agar proses tersebut dipermudahkan dan tidak terlalu banyak birokrasi sehingga menyusahkan orang ramai yang sudah berdepan kesusahan akibat bencana banjir.

“Saya berharap agensi-agensi terlibat juga dapat memudahkan birokrasi agar bantuan dapat dipercepatkan kepada mereka yang terkesan dengan banjir,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Muhyiddin juga mengucapkan terima kasih kepada para petugas hadapan yang bekerja keras memastikan keselamatan dan keselesaan mangsa banjir terjaga sepanjang bencana itu melanda.

“Dari aspek kebajikan mangsa banjir, saya dapati penduduk yang dipindahkan ke PPS (pusat penempatan sementara) dibekalkan dengan bekalan makanan dan keperluan asas mencukupi. Alhamdulillah, kemudahan kesihatan turut disediakan.

“Penduduk berkongsi bahawa tindakan pantas pasukan keselamatan dan agensi terlibat memindahkan mereka ke PPS sejurus kawasan kediaman dinaiki air menghindarkan mereka dari bahaya bencana tersebut.

“Terima kasih saya ucapkan atas kecekapan dan kesiapsiagaan jabatan, agensi kerajaan serta NGO yang terlibat dalam pemindahan penduduk. Terima kasih sekali lagi buat frontliners, para sukarelawan, orang perseorangan serta semua pihak yang terus istiqamah membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan ini,” katanya lagi.

Dalam tinjauan hari ini, Muhyiddin dibawa bertemu dengan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Felda Maokil, Bukit Kepong, Kampung Jawa, Lenga dan Sekolah Kebangsaan Lenga.

Setiap satu PPS menempatkan antara 10 hingga 20 keluarga mangsa banjir.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Popular
KDN bentang usul lanjutkan tempoh tahanan SOSMA, siasatan kes rumit
March 23, 2022
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
KPT larang IPT naikkan yuran pengajian
April 30, 2022
Hanya dua negeri sahaja lagi masih banjir, 705 mangsa kekal di 2 PPS
December 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok