Sedih ahli keluarga jenazah Covid-19 hanya dapat melambai, kata anggota HAZMAT Kelantan

May 19, 2021 · Isu semasa

Anggota Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Bharu berkongsi kesedihan melihat ahli keluarga jenazah pesakit Covid-19 hanya dapat melambai dan menangis dari jauh semasa dikebumikan.

Pengalaman tersebut nyata memberi keinsafan kepada anggota HAZMAT, Marzuki Sikri yang menyifatkan ia adalah realiti yang perlu ditempuhi oleh ahli keluarga yang meninggal dunia akibat Covid-19 dan berharap orang ramai tidak mengambil mudah dengan virus membunuh tersebut.

“Memang timbul keinsafan dalam diri memandangkan kematian pesakit ini tidak dapat diuruskan oleh keluarga terdekat. Mereka hanya mampu melihat dari jauh.

“Ada yang menangis dan hanya mampu melambai. Kita sebagai petugas juga sayu hati melihat mereka, inilah realiti yang harus ditempuhi apabila seseorang pesakit Covid-19 meninggal dunia,” katanya lapor Utusan Malaysia.

Menurut Marzuki, tugasan pasukan HAZMAT sememangnya mencabar apabila terpaksa mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE) sehingga lebih lapan jam sehari bagi menguruskan jenazah pesakit.

“Ada ketika kami perlu uruskan jenazah dari siang hingga ke tengah malam dengan berpakaian PPE. Memang meletihkan dengan keadaan cuaca yang panas namun kita wajib pakai sut hingga selesai tugasan.

“Kami diamanahkan menguruskan jenazah yang berisiko ini hingga selesai, maka mahu tidak mahu kami perlu bertahan sehingga urusan pada hari itu selesai,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Marzuki berkata ketika Ramadan lalu, keadaan lebih mencabar kerana kematian bertambah secara mendadak.

Marzuki berkata, sepanjang lebih 14 tahun berkhidmat dalam jabatan, menguruskan jenazah pesakit Covid-19 dianggap tugasan paling mencabar dan pengalaman itu akan terus terpahat dalam ingatannya.

“Saya harap masyarakat sentiasa patuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengelak diri terkena pandemik ini dan membantu kerajaan memutuskan rantaian Covid-19 di negara kita,” katanya.

Berita berkaitan
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Operasi mencari mangsa dalam runtuhan gudang diteruskan
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
KKM beri penjelasan berhubung pembelian 500 unit ambulans
June 22, 2021
RCI Tabung Haji akan ditubuh untuk pulih keyakinan rakyat
July 14, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
3 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
3 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok