Sediakan sistem bersepadu bantu rakyat, kata Muhyiddin

October 13, 2022 · Isu semasa

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan satu sistem bersepadu dibangunkan untuk memudah cara proses penyaluran bantuan secara menyeluruh dan berpusat, kepada golongan rakyat yang memerlukan.

Menurutnya MPN mendapati masih ada individu atau kelompok yang tertinggal atau tercicir dan pada masa sama, ada pula yang menerima bantuan daripada dua tiga agensi berlainan.

Bekas Perdana Menteri itu berkata dengan mengintegrasikan data penerima yang layak dari semua agensi dalam satu sistem yang sama, proses penyaluran bantuan termasuk subsidi dapat diselaras dan diagihkan secara telus dan cekap dengan seberapa segera kepada golongan sasar.

Katanya mekanisme ini akan berfungsi sebagai jaringan keselamatan sosial yang dapat mengenal pasti bantuan jangka masa pendek, sederhana dan panjang kepada rakyat yang layak memerlukan bantuan.

“Ini boleh mengurangkan karenah birokrasi dalam aspek penyampaian bantuan, sekali gus mengoptimumkan penggunaan kewangan negara.

“Sebagai contoh, Encik Abu mempunyai 3 orang anak serta isteri yang tidak bekerja. Jika beliau diberhentikan kerja, maka sistem ini secara automatik akan dapat mengesan status Encik Abu melalui notifikasi yang dicerap daripada data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Status Encik Abu sebagai seorang yang hilang pekerjaan akan melayakkan beliau menerima bantuan jangka pendek selama beliau tidak bekerja, maksimum 3 bulan untuk menampung perbelanjaan keluarga sehingga mendapat pekerjaan baharu,” katanya.

Berucap merasmikan Seminar Kebangsaan Pemulihan Negara dan Keterangkuman Sosial di Putrajaya, hari ini (13 Oktober 2022), Muhyiddin berkata sistem bersepadu ini juga boleh berfungsi menyusun semula segala bentuk manfaat yang layak diterima oleh rakyat Malaysia sejak dari lahir sehingga akhir hayat menerusi data rentas agensi.

Katanya mengambil kira kemelut yang sedang dihadapi rakyat pada masa ini, usaha menangani jurang ekonomi dan kemiskinan perlu menekankan aspek keterangkuman dalam strategi pemulihan negara.

“Langkah ini penting untuk meningkatkan momentum pemulihan negara ke suatu tahap yang lebih tinggi. Agenda pemulihan yang bersifat inklusif akan dapat memastikan tiada golongan terpinggir atau no one is marginalised or left behind, khususnya masyarakat pedalaman, orang asal serta pribumi Sabah dan Sarawak.

“Kita mahu mereka sama-sama menikmati hasil kemakmuran negara seperti yang dihasratkan dalam Wawasan Kemakmuran Bersama atau WKB2030.

“Menurut data e-Kasih sehingga 30 Jun 2022, ketua isi rumah (KIR) yang dikategorikan sebagai miskin tegar telah meningkat kepada hampir 145 ribu berbanding hanya 45 ribu pada tahun 2020.

“Lebih membimbangkan, sekitar 600 ribu isi rumah M40 telah jatuh ke dalam kategori miskin – yang telah menyumbang kepada peningkatan golongan B40 kepada B60 pasca pandemik Covid-19,” katanya lagi.

Muhyiddin berkata peningkatan ketara ini mencerminkan realiti sebenar yang sedang dihadapi oleh rakyat secara keseluruhannya, kerana ramai yang masih terpaksa berdepan situasi sukar ekoran kenaikan harga barang, peningkatan kos sara hidup, kehilangan pekerjaan atau penyusutan dalam pendapatan.

Katanya jika tiada langkah intervensi segera dan serius diambil oleh agensi dan pihak berkaitan, beliau khuatir masalah ini akan menjadi semakin meruncing dan parah sehingga tidak dapat diselamatkan lagi; yang miskin menjadi papa kedana, perniagaan terpaksa ditutup, produktiviti akan merosot dan akhirnya merencatkan proses pemulihan negara.

Ucapan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara 13 Oktober 2022 

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Saya seleweng RM600 bilion?
9 jam lalu· Rencana
Selepas jadi PM, Anwar kata sedia terima PN dalam kerajaan dibentuk
November 24, 2022· Politik
Agong titah 30 MP BN datang menghadap, yang datang cuma 3
November 23, 2022· Politik
PN terima satu lagi sokongan angkat Muhyiddin jadi PM
November 22, 2022· Politik
Popular
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
December 1, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
UEC tak ikut Akta Pendidikan 1996, kenapa harus diiktiraf? Kok Seong
November 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
4 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
12 jam lalu · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
December 4, 2022 · Isu semasa
2,421 kes baharu, 9 kematian
December 3, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok