Sedang diburu, Sajat dikecam tampil video seksi baharu

April 14, 2021 · Isu semasa

Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali sebagai Sajat yang kini dalam buruan polis tampil dengan video seksi terbaharu yang menerima kecaman pengguna laman media sosial kerana tidak menghormati bulan ramadan yang mulia.

Sajat, 36 memuatnaik video terbaharu dalam akaun Instagramnya, nursajat23 memakai pakaian mencolok mata dengan meletak tajuk pada video tersebut “Sesungguhnya aku sedang berpuasa”.

Video tersebut mengundang rasa kurang senang di kalangan pengguna warga media sosial yang rata-rata mengutuk tindakan beliau yang seakan tidak menghormati bulan Ramadan yang sedang disambut oleh umat Islam ketika ini.

“Kurang ajar dia ni, puasa je terus buat video macam ni,” tulis seorang peminat dalam akaun Sajat tersebut.

Januari lalu, Sajat mengaku tidak bersalah terhadap satu pertuduhan menyebabkan agama Islam dipandang hina dengan cara dirinya seorang lelaki yang berpakaian menyerupai wanita selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie Mohamad Khalid Shaee @ Shaii.

Pada 23 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab.

Beliau juga mencetuskan kontroversi baru-baru ini apabila memuat naik video mahu keluar daripada Islam selepas menghilangkan diri susulan waran tangkap dikeluarkan mahkamah terhadapnya.

Keberadaan Sajat masih menjadi misteri, malah pihak berkuasa juga sudah mengedarkan gambarnya kepada Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) di sepanjang pos kawalan keselamatan bagi memastikan beliau tidak dapat bolos ke negara jiran.

Berita berkaitan
Kerugian berkaitan jenayah komersial cecah RM5.2 bilion: Acryl Sani
June 25, 2022· Isu semasa
Beriadah boleh,  tetapi biarlah selamat
June 25, 2022· Isu semasa
Kanak-kanak tertelan dadah semakin stabil, sudah bernafas: PDRM
June 22, 2022· Isu semasa
Seorang lelaki ditahan selepas cederakan EXCO DAP di Pulau Pinang
June 19, 2022· Isu semasa
Popular
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
July 2, 2022
MPN dibentuk PM, Muhyiddin jawab kritikan Zahid yang berdepan kes mahkamah
July 2, 2022
Ada cadangan roboh Stadium Shah Alam, kata MB Selangor
July 3, 2022
Kurang sikit makan telur, kata Pengarah KPDNHEP Melaka
July 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
1 jam lalu · Isu semasa
Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh
1 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan ambil tindakan ketirisan minyak masak ke negara jiran
1 jam lalu · Isu semasa
Isu harga barang, PM bidas pembangkang fitnah kata kerajaan tak peduli
2 jam lalu · Isu semasa
Ada cadangan roboh Stadium Shah Alam, kata MB Selangor
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok