Sebanyak 380,000 dos vaksin tiba di Sarawak Rabu ini

June 7, 2021 · Isu semasa

Kira-kira sejumlah 380,000 dos vaksin jenis Sinovac akan tiba di Sarawak Rabu ini bagi membantu usaha mempercepatkan proses vaksinasi dan mencapai imunisasi kelompok di negeri itu.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan negeri meletak sasaran untuk mencapai satu juta suntikan dos vaksin menjelang hujung bulan ini.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 89,360 dos vaksin akan dihantar ke Miri pada 10 Jun. Sasaran kita ialah mencapai satu juta suntikan dos vaksin menjelang hujung bulan ini,” katanya lapor Bernama.

Terdahulu, Abang Johari melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega di Borneo Convention Centre (BCCK) hari ini.

Minggu lalu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan Sarawak akan menerima 380,000 dos vaksin setiap minggu bermula minggu pertama Jun hingga akhir Ogos, sekali gus bakal menjadi negeri pertama di Malaysia yang melengkapkan Program Imunisasi COVID-19 dengan 2.2 juta penduduknya diberi vaksin.

Mengenai PPV di BCCK yang mula beroperasi hari ini dan dikhaskan untuk penerima sukarela vaksin AstraZeneca, Abang Johari berkata prosedur pendaftaran sehingga selesai proses suntikan amat baik dan berjalan lancar.

“Kira-kira 30,000 penerima yang mendaftar untuk vaksin AstraZeneca di Sarawak dan hari ini sebanyak 1,000 orang akan menerima suntikan itu,” katanya.

Selain di BCCK, PPV vaksin AstraZeneca turut dibuka di Pusat Kemahiran Belia Negara di Miri yang juga mula beroperasi hari ini sehingga hujung Julai.

Sementara itu, Abang Johari berkata bagi pendaftaran vaksinasi di kawasan luar bandar, Sarawak menggunakan pendekatan secara hibrid iaitu selain menerusi aplikasi MySejahtera, kaedah manual turut digunakan.

Beliau berkata ramai penduduk di luar bandar menetap jauh dari PPV, justeru, sekiranya mereka yang belum mendaftar melalui MySejahtera atau Pejabat Residen hadir di PPV, mereka tidak akan disuruh pulang sebaliknya terus diberikan suntikan vaksin.

“Untuk di luar bandar, mereka yang datang walaupun nama dia tiada dalam sistem, kita tetap akan berikan suntikan vaksin dan kemudian barulah didaftar dengan butiran peribadi mereka direkodkan dan dimasukkan ke dalam sistem dan pangkalan data,” katanya.

Abang Johari berkata beliau telah meminta semua wakil rakyat di negeri ini membantu penduduk di kawasan mereka dalam proses pendaftaran vaksinasi itu agar sasaran mencapai imunisasi kelompok pada akhir Ogos ini berjaya.

Berita berkaitan
Harga ayam naik, Menteri kata masih belum ada laporan selepas pengapungan
November 6, 2023· Isu semasa
PRK DUN Jepak: PN sahkan tak letak calon bertanding
October 18, 2023· Politik
Premier Sarawak nafi anak mahu ambil alih MYAirline
October 12, 2023· Isu semasa
SPRM tahan empat individu bantu siasatan rasuah projek air Sarawak
October 11, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok