Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5

August 11, 2022 · Isu semasa

Subvarian BA.5 Covid-19 dikesan menyumbang 32.8 peratus atau satu pertiga daripada kes positif Covid-19 Sarawak sejak Jun dan seterusnya, menurut Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Pengarah IHCM UNIMAS Prof Dr David Perera mendedahkan perkara itu dalam laporannya kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (SDMC) Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Kuching hari ini, lapor Bernama.

Dr Perera berkata dari 3 April hingga 13 Julai tahun ini, sebanyak 165 sampel diperoleh di seluruh negeri itu telah berjaya dijujukan dan kesemuanya dikesan sebagai Varian Omicron Membimbangkan B.1.1.529 (VOC).

Beliau berkata daripada sampel itu, sejumlah 121 dikesan sebagai beberapa sub-keturunan kecil BA.2, satu kes dan pertama kali melaporkan pengesanan BA.4 dan 43 sampel BA.5.

“Walaupun BA.2 VOC terus menjadi subvarian yang dikesan utama dalam tempoh pengawasan ini, peningkatan pantas dalam pengesanan BA.5 VOC turut dipantau.

“Dari awal Jun dan seterusnya, kira-kira satu pertiga (32.8 peratus) daripada semua pengesanan adalah subvarian ini (BA.5),” katanya.

Dr Perera menambah pemerhatian di Sarawak ini adalah konsisten dengan jangkitan global Omicron VOC yang menyaksikan peningkatan ketara kadar penularan di banyak negara.

“Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan supaya peka dengan risiko peningkatan kadar jangkitan di negeri ini.

“Sila pertimbangkan untuk mendapatkan dos penggalak jika anda masih belum melakukannya terutama bagi individu yang mempunyai komorbiditi dan mereka yang berumur 50 tahun ke atas,” tambah beliau.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Risiko beli sekarang, bayar kemudian
August 22, 2022
Beratus juta tender diluluskan secara rundingan terus dalam kempen Keluarga Malaysia?
January 17, 2023
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Ulama tersohor Pulau Pinang Syeikh Abdullah meninggal dunia
January 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
14 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
14 jam lalu · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok