Scam di Selangor membimbangkan, kerugian enam bulan cecah RM56.9j

June 29, 2022 · Isu semasa

Jenayah scam atau penipuan dalam talian di Selangor terus berada pada tahap membimbangkan dengan jumlah kerugian direkod kira-kira RM56.9 juta bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata bagi jumlah itu, sebanyak 1,354 kes dicatat dalam tempoh sama yang menyumbang kepada 75 peratus daripada keseluruhan kes komersial di negeri itu dengan Macau Scam merupakan jenayah tertinggi direkodkan.

“Kalau jenayah bersemuka hanya 428 kes sahaja bagi tempoh yang sama. Tapi kes penipuan dalam talian ini paling tinggi yang menyumbang 75 peratus daripada jumlah keseluruhan kes komersial.

“Kita tidak boleh berdiam diri sahaja kerana ini baru satu kontinjen Selangor. Berdasarkan siasatan kita, sebahagian besar (daripada RM56.9 juta itu) telah mengalir ke luar negara dan menyebabkan kerugian kepada ekonomi negara,” katanya selepas melancarkan Kempen Anti-Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM) peringkat Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Arjunaidi berkata lebih 1,700 individu telah ditahan bagi tempoh Januari hingga kini dengan kebanyakan mereka merupakan keldai akaun.

Katanya lagi, modus operandi yang menggunakan akaun individu lain itu menyukarkan pembuktian penglibatan penjenayah sebenar di mahkamah.

“Saya sebelum ini ada menyebut tentang perlunya membuat pindaan atau menggubal undang-undang yang lebih sesuai dengan perkembangan semasa. Ini kerana benda ini jenayah dalam talian. Undang-undang kita tidak meliputi jenayah dalam talian. Ini yang susah dan menjadi persoalan,” katanya.

Susulan itu, beliau meminta semua pihak memainkan peranan sewajarnya (termasuk penggubalan undang-undang bertepatan) selain kesedaran orang ramai.

Pada 22 Mei lepas, Arjunaidi berkata undang-undang sedia ada di bawah peruntukan Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu perlu dipinda agar seiring dengan teknologi yang kian berkembang susulan ia tidak menepati keadaan sekarang dengan adanya sistem perbankan dan pemindahan wang dalam talian.

Dalam perkembangan sama, Arjunaidi berkata sebanyak 392 unit papan iklan di seluruh Selangor akan memaparkan klip video kempen antipenipuan PDRM dalam tempoh sebulan. – Bernama

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Ditipu pelaburan tak wujud, juruaudit rugi RM1.48 juta
October 12, 2023
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok