SC peroleh bukti kukuh gantung lesen DDNK, kata Awang Adek

October 14, 2022 · Isu semasa

Penggantungan wakil Perkhidmatan Pasaran Modal milik Pengarah Eksekutif dan Pengurus Dana Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd (IPAM), Datuk Nazri Khan Adam Khan, dibuat berdasarkan bukti-bukti yang diterima Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Pengerusi SC Datuk Seri Awang Adek Hussin bagaimanapun berkata mana-mana pihak yang digantung lesen berhak membuat rayuan kepada suruhanjaya itu.

“Kita tak nak cakap lebih lanjut sebab dalam proses rayuan. Kita bagi dia rayuan. Kalau saya cakap banyak nanti macam mana, ini peluang rayuan belum digunakan.

“Jadi kita bagi proses ini dengan telus. Kita tidak ada masalah dengan sesiapa pun. Kita cuma mahu memastikan kepentingan pelabur dan pasaran adalah dilindungi, itu sahaja,” katanya kepada media selepas hadir melancarkan Pameran Pendidikan Pelabur sempena bulan celik kewangan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Memetik Awani, Awang Adek juga menafikan SC lambat bertindak kerana setiap aduan yang diterima dinilai dan disusuli dengan tindakan yang tidak terburu-buru.

“Sebab itu, kadang-kadang orang merasakan SC ini lambat nak bertindak. Mengapa lambat sangat? Sebenarnya bukan lambat.

Kita perlu kumpul bukti-bukti. Kita tak mahu asalkan orang buat aduan, kita terus hantar pasukan kita pergi menggeledah syarikat itu.

“Apa akan terjadi kepada syarikat kalau ia tersenarai di Bursa Malaysia, harga saham akan jatuh apabila orang tahu SC sudah pergi kepada syarikat A, B, C itu.

“Jadi kita kena ambil tindakan bahawa memastikan bukti ini jelas, nyata dan cukup untuk kita mengambil tindakan.

“Apa-apa tindakan oleh SC, percaya dan yakinlah bahawa tindakan ini adalah wajar selepas kita kaji dan nilai bahan bukti dan sebagainya,” katanya

Semalam media melaporkan, lesen Nazri Khan digantung untuk tempoh enam bulan, berkuat kuasa sejak 6 Oktober 2022.

Jurulatih saham yang terkenal dengan tagline ‘Tak Handsome Tak Apa Janji Kaya’ itu digantung lesennya oleh SC kerana pelanggaran pentadbiran dan bukan melibatkan pengurusan dana, kata pengurusan IPAM.

IPAM berkata, pihaknya mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam dana unit amanah dan pengurusan portfolio sejak lebih 30 tahun lalu dengan dikawal peraturan dan kawal selia ketat yang ditentukan SC.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
DDNK kena gantung lesen oleh SC
October 13, 2022· Isu semasa
Tajuddin sindir Zahid, kenapa tak gantung keahlian sampai mati saja?
October 3, 2022· Politik
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
October 1, 2022· Politik
Pernah ada ketetapan dibuat UMNO bagi pemimpin didakwa di mahkamah: Annuar
September 3, 2022· Politik
Popular
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
November 29, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
November 29, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
13 jam lalu · Isu semasa
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
15 jam lalu · Isu semasa
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
15 jam lalu · Isu semasa
Ismail Sabri nafi perbelanjaan 2020-2022 tak direkod dalam akaun
21 jam lalu · Isu semasa
2,465 kes baharu Covid-19 semalam, lima kematian
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok