Sayur pula naik harga, kerajaan PH-BN gagal selesai masalah rakyat

February 5, 2023 · Isu semasa

Hidup rakyat terus tertekan dengan peningkatan harga barangan, khususnya makanan, tatkala kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) lebih banyak bercakap soal politik daripada menyelesaikan masalah dihadapi orang ramai.

Terbaharu, laporan Utusan menyatakan harga makanan keperluan, terutama sayur-sayuran di Pulau Pinang meningkat sehingga 100 peratus.

Memetik laporan akhbar itu, harga sayuran di pasar awam di daerah Barat Daya Pulau Pinang didapati meningkat antara 80 hingga 100 peratus.

Selain itu, permintaan sayur-sayuran yang tinggi ekoran sambutan Tahun Baharu Cina dan Thaipusam juga menjadi antara faktor menyebabkan harga sayur melonjak.

Antara sayur-sayuran yang jelas mengalami kenaikan harga ialah tomato, timun, kacang panjang dan bendi.

Menurut seorang peniaga di pasar awam, Oh Beng Huat, harga sayur meningkat sekitar 80 hingga 100 peratus dan antara sayur yang mengalami peningkatan harga ialah tomato serta bendi.

“Harga tomato dan bendi sebelum ini hanya RM4 sekilogram (kg), tetapi melonjak kepada lebih RM10 (per kg) pada minggu ini.

“Begitu juga timun dan kacang panjang yang sebelum ini hanya RM4.50 kg namun ada kawasan bekalan terjejas menyebabkan harganya melonjak lebih RM10,” katanya.

Baru-baru ini, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, harga sayur-sayuran di negeri ini meningkat sehingga 160 peratus.

Bagaimanapun, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, S. Jegan menafikan harga sayur telah meningkat sehingga 160 peratus.

Beng Huat berkata, selain itu harga kacang panjang juga meningkat kepada RM12 (per kg) berbanding sekitar RM5 sebelum ini.

”Kami ada juga tanya kepada pemborong kenapa harga sayur-sayuran sangat mahal pada masa ini, mereka jawab bekalan susah untuk diperoleh.

”Tambahan pula, permintaan tinggi kerana sambutan Tahun Baharu Cina dan Thaipusam yang membuatkan penggunaan sayur-sayuran meningkat,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi peniaga, Razak Ibrahim berkata, pemborong memaklumkan harga sayur mungkin akan mengalami peningkatan berpanjangan sehingga Ramadan nanti.

”Pemborong beritahu bekalan ada, namun tidak mencukupi untuk menampung permintaan pengguna yang tinggi pada masa ini,” katanya.

Berita berkaitan
Program dialog disekat UiTM, Syed Saddiq bidas kerajaan campuran
6 jam lalu· Uncategorized
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
14 jam lalu· Politik
Selepas dikritik, kerajaan buat pusingan U dalam isu pelepasan cukai SSPN
March 29, 2023· Isu semasa
UMNO akan hulur persahabatan dengan DAP bagi hadapi PRN Pulau Pinang: Zahid
March 26, 2023· Politik
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
March 31, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
3 jam lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
6 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
6 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
6 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok