Saya tulis sendiri semua penghakiman, kata hakim kes Rosmah

September 1, 2022 · Isu semasa

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohamed Zaini Mazlan berkata beliau selama ini telah menulis sendiri semua 200 penghakiman yang telah dibuatnya tanpa mendapat bantuan pihak lain.

Menurutnya ramai yang tidak menyedari betapa sukarnya beliau berbuat demikian.

“Saya telah melakukan kajian sendiri. Saya telah menulis 200 penghakiman setakat ini dan semuanya saya tulis sendiri. Ramai yang tidak menyedari betapa sukarnya tugas saya.

“Saya tidak mempunyai prejudis terhadap beliau (Datin Seri Rosmah Mansor),” katanya ketika menolak permohonan Rosmah supaya beliau menarik diri daripada meneruskan dan membuat keputusan berhubung kes rasuah itu.

Beliau berkata dokumen terbabit (kononnya penghakiman kes Rosmah yang bocor) bukanlah alasan penghakiman yang disediakan olehnya dan beliau tidak akan menggunakannya dalam penghakiman.

Keputusan dalam kes Rosmah adalah dibuat berdasarkan fakta dan undang-undang, katanya menurut Bernama.

Terdahulu, peguam Rosmah, Datuk Jagjit Singh berkata dokumen yang didakwa bocor tersebut adalah draf penghakiman yang disediakan oleh pihak ketiga untuk hakim Mohamed Zaini.

Jagjit berkata demikian ketika Mohamed Zaini bertanya apakah dokumen itu sebenarnya, yang menjadi asas kepada permohonan pembelaan agar dia digugurkan daripada mendengar kes tersebut.

Jagjit merujuk salinan dokumen didakwa bocor berkaitan kes rasuah Rosmah, yang disiarkan dalam sebuah blog.

Pada Selasa (30 Ogos), Rosmah memfailkan permohonan menyingkirkan Mohamed Zaini atas alasan kononnya penghakiman kesnya bocor. Keputusan penghakiman itu disediakan oleh pihak lain yang telah tular di media pada 26 Ogos.

Asas bagi Rosmah, yang pernah menerajui pejabat bahagian ‘Wanita Pertama Malaysia (FLOM)’, adalah berdasarkan kebocoran keputusan penghakiman yang dikatakan untuk kesnya yang diterbitkan sebuah blog hujung minggu lalu, yang kini dalam siasatan polis.

Ia merupakan kebocoran kedua mengenai prosiding kehakiman kerana minggu lepas, draf penghakiman melibatkan Najib diterbitkan blog sama, sebelum pendaftar Mahkamah Persekutuan membuat laporan polis.

Blog terbabit dikendalikan seorang penulis yang kini bersembunyi di luar negara setelah beberapa waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.

Dalam permohonannya, Rosmah mendakwa kebocoran itu telah mengurangkan keyakinannya terhadap keupayaan dan integriti Mohamed Zaini sebagai hakim bicara untuk membuat keputusan dengan saksama.

Mohamed Zaini juga meminta maaf kerana membuatkan semua pihak tertungu-tunggu keputusan daripadanya.

“Maaf kerana membuatkan semua orang ternanti-nanti. Saya gagal mencari orang yang sudi menulis penghakiman untuk saya, jadi saya terpaksa tulis sendiri.

“Saya harap unit penyelidikan maafkan saya tetapi saya tidak membaca pendapat mereka… Sejujurnya, saya sentiasa melakukan sendiri tugas saya, sesusah manapun ia.

“Sesiapa sahaja boleh menyatakan pendapat masing-masing namun yang penting adalah pendapat saya sendiri,” katanya.

“Apa jua perasaan, kita tinggalkan di luar pintu sebelum duduk di kerusi hakim,” katanya.

Mohamed Zaini kemudian menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta terhadap Rosmah setelah didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan rasuah melibatkan projek solar hibrid di sekolah-sekolah luar bandar di Sarawak.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan bagaimanapun membenarkan permohonan Rosmah untuk menangguhkan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Mohamed Zaini juga membenarkan ikat jamin RM2 juta yang ditetapkan sebelum ini dikekalkan.

Jika dia gagal membayar denda berkenaan, Rosmah perlu menjalani hukuman penjara tambahan 30 tahun.

Berita berkaitan
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023· Isu semasa
Kritik kes mahkamah Zahid, seorang pemimpin Bersatu bakal didakwa pada Jumaat
November 24, 2023· Politik
Anwar puas hati tiada menteri terlibat rasuah, perbicaraan rasuah Zahid dihentikan?
November 24, 2023· Politik
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
9 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
16 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
16 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
16 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] UMNO sepatutnya tadbir negara bersama PN, bukan dengan DAP
12 jam lalu
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok