Saya tak tidur malam fikir nak selesai hutang peneroka Felda: Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan peneroka Felda sebagai golongan yang menjadi keutamaan semasa era pentadbirannya menjadi Perdana Menteri (PM) Kelapan sebelum ini, ia memandangkan kebanyakkan mereka terbelenggu dengan masalah hutang.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata tidak tidur malam memikirkan masalah hutang yang dihadapi peneroka akibat kesilapan dilakukan ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak yang hanya tahu menambah beban hutang peneroka susulan beberapa strategi pelaburannya yang merugikan.

“Saya tak faham macam mana pengurusan Felda menanggung kerugian yang sebesar itu. Tiap-tiap tahun (rugi), jadi oleh sebab tidak ada penyelesaian dibuat oleh kerajaan yang ada di waktu itu, Barisan Nasional tak buat, Pakatan Harapan (PH) di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad tak buat.

“Saya tuan-tuan, fikirkan tuan-tuan tiap-tiap malam tidur, tak boleh (tidur)… fikir, nak fikir apa masalah peneroka Felda ini, hutang peneroka Felda,” katanya semasa berceramah pda pentas PN di Padang Awam Sri Ledang, Tangkak, Johor malam tadi.

Salah satu kesilapan besar yang dilakukan Felda adalah berhubung penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) yang mengakibatkan peneroka berdepan bebanan hutang yang banyak, kata Muhyiddin lagi.

“Tetapi mulai daripada 2011, 2012, 2013, dia (FGV) merosot, merosot, merosot, merosot, rugi banyak.

“Macam mana boleh rugi? Saya ada dalam Kabinet bila nak cadang penyenaraian FGV, saya tak setuju. Saya tahu ramai peneroka Felda tak setuju, betul tak?

“Ramai pegawai Felda kalau ada kat sini pengurus kat ladang, dengar saya punya cakap pun dia tahu dia tak setuju… pasal dah jalan okay, untung banyak. Nak senaraikan nak jadikan dia apungkan kenapa?” jelasnya lagi.

Selain itu, Muhyiddin juga memberitahu Felda terpaksa membeli ladang yang dimiliki rakan Najib, Peter Sondakh di Indonesia yang juga dibuat atas arahan bekas Perdana Menteri tersebut sehingga mengakibatkan kerugian yang besar dialami agensi tersebut.

“Selepas itu bila diapungkan dia (FGV) dapat duit sedikit. dia (Felda) sudah beli ladang yang dimiliki oleh kawan Datuk Seri Najib namanya Peter Sondakh. Peter Sondakh ini Indonesia, ada ladang, dia tawarkan pada Felda, lembaga setuju tapi arahan Perdana Menteri (Najib) beli.

“Nilainya hampir lebih kurang satu bilion tapi bayar lebih daripada dua bilion ringgit. Ini apa hal? Tongong betul. Tak reti meniaga? Tapi bukan duit dia, duit tuan-tuan, duit kerajaan, dia belanja, dia ambil tu, rugi.

“Nak jual balik orang sana tak nak ambil lagi. Rugi lagi, FGV rugi lagi… Dan macam-macam pembelian hotel, tanah macam-macam dia buat… Rugi semua,” katanya lagi.

Semua langkah yang dilakukan Najib berhubung penyenaraian FGV adalah kesilapan besar pernah dibuat, kata Muhyiddin kerana sebelum penyenaraian itu Felda memperoleh keuntungan yang banyak tetapi akhirnya kini menanggung kerugian berbilion.

“Dan pada waktu dia (FGV) belum disenaraikan tiap-tiap tahun, untung tak kurang daripada tiga bilion.

“Tiga bilion kalau masuk dalam bawah khemah ni anggap penuh sampai ke atas sesak nafas kita duit banyak,” katanya lagi.

Untuk rekod, Pada 7 Julai 2021, Muhyiddin semasa menjadi menjadi PM Kelapan mengumumkan cadangan pihak Felda untuk melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 bilion.

Langkah itu mendapat sambutan baik daripada peneroka kerana ia akan meringankan beban hutang yang dihadapi mereka.

BERITA BERKAIT
POPULAR