Saya tak lakukan jenayah: Azam Baki

January 8, 2022 · Isu semasa

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki yakin beliau tidak melakukan sebarang jenayah dalam isu pemilikan saham oleh adiknya tetapi menggunakan nama beliau.

Malah beliau juga bersedia sekiranya kes itu dirujuk kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) kerana tiada sebarang fakta disembunyikannya.

Menurutnya, beliau juga bersedia sekiranya kes yang didakwa membabitkan dirinya itu dirujuk kepada Jawatankuasa Aduan SPRM.

Beliau juga yakin tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah atau salah guna kuasa seperti yang didakwa pihak tertentu, katanya selepas membuat lawatan mengejut di Kolam Takungan Banjir Sungai Jinjang, hari ini.

Rabu lalu, Pengerusi LPPR Tan Sri Abu Zahar Ujang, pada sidang media khas menyatakan LPPR yang juga satu daripada lima badan pemantau bebas SPRM, mendapati tiada sebarang perlakuan jenayah atau percanggahan kepentingan membabitkan Azam dalam urus niaga saham pada 2015.

Katanya, tujuan panel lembaga itu memanggil Azam pada 24 November lalu adalah untuk mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan berkenaan yang tular di media sosial kerana ia menimbulkan pandangan negatif terhadap SPRM.

Kelmarin Suruhanjaya Sekuriti dalam satu kenyataan pula berkata, mengikut Seksyen 25 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA), semua akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat mesti menggunakan nama pemilik manfaat sekuriti deposit atau penama yang dibenarkan.

Terdahulu, hari ini, seorang Penolong Kanan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohan Munusamy memaklumkan tidak menjadi satu kesalahan jika seseorang pegawai penguat kuasa kanan memiliki saham.

Memetik laporan media beliau berkata dalam pengetahuan beliau undang-undang Malaysia juga tidak sama sekali melarang pegawai kanan menjadi pengarah mana-mana syarikat.

“Saya sedia maklum bahawa adalah tidak menjadi satu kesalahan jika seseorang pegawai penguatkuasa kanan memiliki saham atau menjadi pengarah mana-mana syarikat dan perkara ini tidak sama sekali dilarang oleh undang-undang di Malaysia,” katanya. Berita Berkaitan

Berita berkaitan
Peguam Negara pengerusikan jawatakuasa siasat insiden di KLIA
August 7, 2022· Isu semasa
Bekas Exco Johor dan anak lepas, bebas dari tuduhan rasuah RM35.7 juta
August 7, 2022· Isu semasa
Anwar bidas Hishammuddin jawab isu skandal kapal, kontraktor kutip komisen marah?
August 6, 2022· Politik
Siasatan kapal tak siap di peringkat akhir, kata SPRM
August 6, 2022· Isu semasa
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
Skandal kapal tempur TLDM ‘ribut’ jatuhkan BN, UMNO pada PRU-15
August 9, 2022
PN gesa tubuh Suruhanjaya Bebas Diraja siasat skandal kapal tempur
August 9, 2022
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
10 jam lalu · Isu semasa
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
10 jam lalu · Isu semasa
UMNO cawangan terima RM10,000 daripada Shahrir Samad, kata saksi
10 jam lalu · Isu semasa
Polis rampas dadah RM1.3 juta di KL, tahan enam individu
11 jam lalu · Isu semasa
Dewan Negara sebulat suara lulus RUU antilompat parti
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok