Saya tak campur tangan keputusan tatatertib Cikgu Fadli: Radzi Jidin

October 18, 2022 · Isu semasa

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata beliau tidak campur tangan dalam sebarang keputusan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan berhubung dakwaan salah laku guru matematik, Mohd Fadli Mohamed Salleh atau Cikgu Fadli.

“Saya tak boleh itu… bukan dalam ruang lingkup saya sebagai menteri untukcampur tangan dalam lembaga tatatertib.

“Ia ada border. Di mana keputusan itu akan dihantar kepada cikgu tersebut melalui ketua jabatan.

“Ia akan dihantar pada hari ini,” kata Radzi ketika ditanya berkaitan siastaan lembaga tatatertib itu terhadap Cikgu Fadli.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Inisiatif ‘Reading Progress’ Di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di sebuah hotel di Shah Alam, hari ini (18 Oktober 2022).

Agenda Daily menyiarkan secara langsung majlis berkenaan serta sidang media itu.

Pada 14 Oktober lalu, Cikgu Fadli – guru Matematik di sebuah sekolah rendah di Gombak – menerusi Facebooknya mendakwa dia akan dikenakan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat kerana menyuarakan pandangan mengenai silibus pembelajaran yang menurutnya terlalu tinggi dan tidak sesuai.

Dia juga menyatakan bilangan murid dalam kelas terlalu ramai selain subjek pembelajaran yang banyak serta isu beg berat yang katanya boleh memudaratkan kesihatan murid.

Bagaimanapun menurut surat yang dimuat naik guru berkenaan, Cikgu Fadli diberi tempoh 21 hari daripada tarikh penerimaan surat itu untuk mengemukakan representasi kepada Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan untuk membela diri.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Bukankah Rafizi sendiri menentang PM jadi menteri kewangan sebelum ini?
December 4, 2022· Politik
Kalah di Putrajaya, Ku Nan minta buat kiraan semula pula
November 19, 2022· Politik
Radzi Jidin kini akauntan bertauliah
November 14, 2022· Isu semasa
Tadbir negara ketika pandemik, rekod jelas keupayaan PN, kata Bersatu
November 7, 2022· Politik
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
December 9, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
December 9, 2022
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
December 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
9 jam lalu · Isu semasa
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
14 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah arah Bung Moktar dan isteri bela diri, permohonan semakan ditolak
16 jam lalu · Isu semasa
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
16 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat tahap bahaya di Kelantan, Terengganu
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
14 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok