Saya sudah minta Najib tanya pengeluaran KWSP, kata Asyraf tak tahan dikritik

November 15, 2021 · Isu semasa

Desakan tuntutan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Rakyat (KWSP) i-Citra RM10,000 secara one-off tetap akan diteruskan, kata Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Ketua Pemuda UMNO itu berkata walaupun tidak berada dalam Dewan Rakyat kerana bukan seorang Ahli Parlimen (MP), beliau sudah meminta MP Pekan Datuk Seri Najib Razak untuk membangkitkan berhubung isu pengeluaran RM10,000 tersebut semasa perbahasan Bajet 2022 lalu.

“Siapa kata saya senyap memperjuangkan tuntutan rakyat khususnya pengeluaran kali terakhir KWSP i-Citra?

“Malah, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga membangkitkan dalam perbahasan Bajet 2022 di Parlimen.

“Kami sama-sama tuntut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz agar dapat menjawab dalam pergulungannya nanti,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Untuk rekod, Asyraf bukan seorang MP kerana kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Menurut Asyraf lagi, pihaknya tidak menafikan ada pihak yang berhujah bahawa 46 peratus pencarum mempunyai simpanan KWSP kurang daripada RM10,000, namun pilihan harus diberikan kepada 54 peratus lagi yang mempunyai simpanan melebihi RM10,000.

“Namun, hujah saya dan Najib, pilihan harus diberikan kepada 54 peratus lagi untuk mereka memulakan kehidupan pasca pandemik terutamanya selepas ramai yang hilang punca pendapatan, dibuang kerja, dicutikan tanpa gaji,” katanya lagi.

Sebelum ini, Asyraf dan pergerakan itu beria-ia memberi janji manis kepada puluhan ribu individu berkenaan pengeluaran one-off itu, namun ternyata ia tidak disebut langsung dalam Bajet 2022.

Asyraf begitu yakin bahawa kerajaan pimpinan Perdana Menteri dan juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mendengar desakan Pemuda bagi meluluskan pengeluaran i-Citra one-off itu.

Sebab itu, segala pertemuannya dengan KWSP, Menteri Kewangan, hatta dengan Perdana Menteri sekali pun, dimuat naik dalam laman sosialnya bagi memberi harapan kepada orang ramai.

Sebelum pembentangan Bajet 2022, boleh dikatakan setiap hari netizen disajikan dengan keyakinan akan dapat membuat pengeluaran RM10,000 daripada akaun KWSP.

Tak berkelip mata netizen menunggu depan televisyen untuk mendengar Bajet 2022. Fokus mereka kepada pengeluaran i-Citra RM10,000 secara one-off sebagaimana yang diuar-uarkan Asyraf dan Pemuda UMNO.

Namun, sehingga ke penamat ucapan Tengku Zafrul, i-Citra tidak juga muncul. Walaupun, Menteri Kewangan menyentuh juga sedikit mengenai KWSP tetapi bukan one-off RM10,000.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
20 jam lalu· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
21 jam lalu· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
21 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
21 jam lalu· Politik
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Sidang Dewan Rakyat: Peratus kehadiran MP PN paling baik
April 8, 2023
Ringgit mata wang paling rendah di Asia bagi 2023
July 1, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
21 jam lalu · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok