Saya sedia jumpa PM minggu ini, kata Zuraida

June 7, 2022 · Isu semasa

Pertemuan antara Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin selepas melompat parti baharu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka pada minggu ini.

Zuraida berkata sudah bersedia untuk berjumpa Ismail Sabri pada minggu ini dan menunggu pengesahan temujanji memandangkan masih belum dapat masa yang sesuai untuk bertemu, ia bagi membincangkan kedudukannya dalam Kabinet.

“Saya masih ‘standby’ untuk bertemu dengan Perdana Menteri sebab masih belum dapat masa lagi.

“Beliau (sebelum ini) kata mahu jumpa saya minggu depan iaitu pada minggu ini, jadi boleh jadi keseluruhan minggu ini tetapi saya dalam ‘standby’,” katanya dipetik laporan BH.

Zuraida terdahulu melancarkan majlis Pembiayaan Global untuk Inovasi Getah oleh Majlis Getah Malaysia.

Perdana Menteri minggu lalu mengesahkan masih belum bertemu Zuraida untuk membincangkan kedudukannya dalam Kabinet.

Ismail Sabri berkata, pertemuan itu masih belum diadakan memandangkan Zuraida masih bercuti selepas beliau pulang daripada lawatan kerjanya ke Turki dan Greece, baru-baru ini.

Dalam pada itu Zuraida ketika ditanya sama ada akan menghadiri mesyuarat Kabinet esok berkata, beliau masih lagi menjalankan tanggungjawab sebagai menteri.

“Seperti Perdana Menteri katakan, saya masih menteri, jadi sebab itu saya hadir untuk merasmikan program ini hari ini,” katanya.

Zuraida turut menegaskan yang beliau akan melepaskan jawatannya sebagai menteri jika diarahkan oleh Perdana Menteri.

“Kalau dia (Perdana Menteri) minta saya lepaskan, saya lepaskan lah,” katanya.

Berita berkaitan
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
9 jam lalu· Isu semasa
PBM bakal hantar permohonan sertai BN dalam masa terdekat: Zuraida
11 jam lalu· Politik
Tajuddin sokong Ismail Sabri jadi PM, beri amaran jangan main-main
11 jam lalu· Politik
Selepas dibidas ‘bangang’, Noh bidas Anwar pula tak tahu cerita sebenar
12 jam lalu· Politik
Popular
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
July 3, 2022
Jika harga barang tak turun, PM tak tolak pertimbang kenaikan bantuan tunai
July 3, 2022
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
July 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Daripada berhimpun, baik jumpa saya cari jalan turun harga barang: Annuar
9 jam lalu · Isu semasa
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
10 jam lalu · Isu semasa
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
13 jam lalu · Isu semasa
Kompleks hiburan sukan konsep digital RM6 juta bakal dibina di Ketereh
13 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan ambil tindakan ketirisan minyak masak ke negara jiran
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok