Saya saksi peranan, usaha Muhyiddin pulihkan ekonomi negara: Tok Pa

March 5, 2022 · Isu semasa

Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Mustapa Mohamed menegaskan beliau menjadi saksi bagaimana bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berusaha untuk memulihkan ekonomi negara yang terkesan akibat Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi) berkata usaha itu termasuk skim pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, bantuan sara hidup, subsidi gaji kepada majikan dan Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang cukup mantap.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jeli berkata jika mengikut indeks daya tahan Bloomberg, Malaysia kini berada pada kedudukan di tangga ke-18.

“Semua ini adalah usaha pemulihan ekonomi yang mula digerakkan Tan Sri Muhyiddin dan anggota Kabinet lain,” katanya ketika menyampaikan ucapa alu-aluan sempena Majlis Dialog Pengerusi MPN dan Menteri-menteri Berkaitan Ekonomi di Johor Bahru, hari ini.

Memetik laporan Utusantv, Mustapa berkata usaha memulihkan ekonomi akibat kesan pandemik Covid-19 itu dimulakan Muhyiddin tidak lama setelah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac 2020.

Menurutnya, Mesyuarat Kabinet pertama yang dipengerusikan Muhyiddin memutuskan untuk memastikan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dipulihkan dan diperkasakan.

“Maka banyak perkara dibincang berkait usaha memulihkan ekonomi dan inisiatif untuk rakyat yang dibincang dalam majlis ini yang saya urusetianya.

“Hasilnya, lapan pakej dengan RM530 bilion dan banyak lagi inisiatif lain bagi pemulihan ekonomi negara dibincang di majlis ini bersama Tan Sri (Muhyiddin) dan Menteri Kewangan serta yang lain,” katanya.

Mustapa yang kini Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu berkata majlis itu bermesyuarat seminggu sekali sehinggalah keadaan mulai stabil dengan mesyuarat kini diadakan secara bulanan.

Katanya, selepas tidak lagi menjadi Perdana Menteri, ditubuhkan pula MPN yang dipengerusikan Muhyiddin dan ini satu lagi institusi penting bagi memulihkan ekonomi negara.

“Ini institusi dan kaedahnya, MTEN, MPN dan peranan menteri berkaitan memikirkan segalanya bagaimana memulihkan ekonomi. Alhamdulillah, perdagangan, pelaburan, pengangguran makin pulih. Cuma kini kita berdepan satu lagi isu baru iaitu krisis Rusia-Ukraine,” katanya lagi.

Katanya, ketika ini orang Felda gembira peningkatan harga sawit tetapi di pihak kerajaan berdepan satu sisi lain iaitu subsidi minyak masak.

Menurut Mustapa, ini termasuklah peningkatan harga minyak mentah dunia yang pada masa sama ada kesan baik dan implikasi subsidi bagi pasaran runcit.

Berita berkaitan
Kenaikan OPR seperti di Singapura, akan bantu kukuh nilai mata wang: PMX
June 6, 2023· Politik
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
June 2, 2023· Politik
Kritik Rafizi, PKR persoal tahap pemikiran Puad yang mahukan populariti saja
June 1, 2023· Politik
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
11 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
11 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
12 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
12 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
15 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok