“Saya pun baca buku adik Najib, terbukti 1MDB bawa malapetaka”

November 12, 2021 · Isu semasa

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui ada membaca buku yang ditulis oleh adik Datuk Seri Najib Razak yang membuat pengakuan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) baru-baru ini dan ternyata isu tersebut membawa malapetaka kepada negara.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata pengakuan Datuk Seri Nazir Tun Razak, dalam memoirnya bertajuk ‘What’s in a Name’ membuktikan perjuangan sebelum ini menentang salahguna kuasa dan penyelewengan melibatkan 1MDB sehingga menyebabkan dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) pada 2015 terbukti benar sekarang.

“Tetapi sejarah saya ni agak luar biasa ini bukan pertama kali kalau saudara masih ingat 2015 waktu saya menjadi Timbalan Perdana Menteri dan waktu itu tercetus apa yang disebutkan skandal 1MDB.

“Hari ni jelas terbukti kerana masalah ni sekarang ni berada di mahkamah. Tapi saya tak nak sentuh, nanti dikatakan contempt of court (menghina mahkamah),” katanya semasa berucap di Pentas PRN Melaka yang disiarkan secara dalam talian.

Jelasnya lagi, isu 1MDB bukan suatu perkara yang main-main kerana ia melibatkan sejumlah wang negara yang besar dan jika tidak dibangkitkan ia akan membawa malapetaka kepada rakyat yang terpaksa menanggung beban hutang berbilion ringgit dan ia akhirnya didedahkan sendiri oleh adik Najib.

“Saya tahu bahawa perkara ini adalah satu perkara yang besar dan kalau kita tak bangkitkan dan menimbulkan kesedaran rakyat ini adalah suatu malapetaka kepada negara kita yang melibatkan kerugian kepada negara bernilai RM40 bilion.

“Hari ini terdedah, dalam buku mutakhir adinda kepada Datuk Seri Najib Razak pun (mendedahkan)… Saya pun baharu baca semalam saya lihat secara sepintas lalu ada juga disebutkan masalah 1MDB,” katanya lagi.

Untuk rekod, terkini 1MDB dilaporkan memiliki hutang terkumpul berjumlah RM32 bilion setakat akhir Jun 2021, demikian menurut laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2022 yang dikeluarkan baru-baru ini.

Terdahulu, Nazir dalam memoirnya pada bab bertajuk ‘Najib’s Rise’ memperincikan keraguan beliau terhadap penubuhan 1MDB, serta hubung kait dana itu dengan Najib.

Malah Nazir mengakui beliau antara yang bertemu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berbincang dan menceritakan kebimbangannya berhubung dana 1MDB.

Pertemuan itu turut disertai pemilik The Edge Group, Datuk Tong Kooi Ong di London, sekitar 2015.

“Mengapa saya juga perlu melakukan sesuatu? Saya sudah bersara.” Kata-kata itu keluar dari mulut Dr Mahathir, kata Nazir dalam buku berkenaan yang baharu dilancarkan.

Dalam memoir buku berkenaan beliau mendedahkan, pertemuan itu bukan sesuatu yang mudah untuk beliau dan Tong, tetapi ia harus dilakukan demi mencari kebenaran tentang skandal 1MDB.

Mengimbas kembali pertemuan itu, Nazir memulakan sesi itu dengan menyuarakan kebimbangan kepada Dr Mahathir bahawa beliau dan Tong percaya berbillion-bilion dolar telah diseleweng dari 1MDB.

“Tong sebenarnya yang banyak mendedahkan tentang apa yang kami ketahui berkaitan 1MDB. Dr Mahathir kelihatan mudah memahami situasi itu yang mana ia memeranjatkan mereka, selepas mengambil kira perincian dan penerangan Tong.

“Saya syak Dr Mahathir sebenarnya telah pun diberi taklimat mengenai 1MDB dan menggunakan pertemuan itu sebagai perbandingan terhadap apa yang beliau ketahui dan fahami,” katanya lagi.

Nazir berkata, semakin sesi perbincangan itu berlangsung semakin Dr Mahathir menunjukkan reaksi atau erti kata lainnya, kemarahan.

Sebagai rekod, Nazir berkata, hubungan antara keluarganya dengan Dr Mahathir telah berdekad lamanya di mana ayahandanya, Abdul Razak telah menyelamatkan karier politik Dr Mahathir dengan membawa kembali beliau ke dalam UMNO.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
RM86.7 bilion dibelanja pada suku pertama: Kementerian Kewangan
July 27, 2022
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
August 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
5 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
5 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok