Saya percaya dia boleh laksana tugas, kata PM isu lantik Kamarul Zaman

May 20, 2022 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menegaskan bahawa pegawai khasnya iaitu Dr Kamarul Zaman Yusoff memiliki pengalaman dan kepakaran yang diperlukan untuk menyandang jawatan itu.

Beliau berkata pihaknya percaya penganalisis politik itu mampu melaksanakan tugasan dengan baik.

“Dia seorang yang berpengalaman dari segi kepakaran dalam bidang yang kita beri… Saya percaya dia boleh laksanakan tugas sebagai pegawai khas dalam soal dasar.

“Saya pun pilih orang yang saya fikir layak, jadi kalau parti lain memikirkan tidak layak, tidak bermakna (saya) perlu ikut apa yang disebut parti-parti lain, kita telah buat penilaian,” katanya seperti dilapor Bernama.

Beliau mengulas pelantikan Kamarul Zaman sebagai pegawai khasnya ketika ditemui pemberita selepas meraikan Majlis Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Negeri di Terengganu Equestrian Resort di Kuala Terengganu hari ini.

Beberapa portal hari ini membangkitkan isu mengenai pelantikan pensyarah kanan di Pusat Kajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia itu sebagai Pegawai Khas Perdana Menteri walaupun beliau telah memegang jawatan tersebut sejak Disember tahun lepas.

Terdahulu, Kamarul Zaman, mengesahkan beliau telah menjadi pegawai khas sejak Disember tahun lalu tetapi enggan menonjolkan diri.

“Saya sengaja tidak menghebahkannya, saya lebih suka bekerja dalam diam. Saya bukan seorang yang kejar publisiti, sebaliknya memilih untuk low profile dan bekerja di belakang tabir,” katanya memetik laporan Mkini.

Kamarul Zaman berkata beliau dicadangkan kepada Pejabat Perdana Menteri oleh Universiti Utara Malaysia (UUM), di mana dia bertugas sebagai pensyarah kanan.

Berita berkaitan
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Polis rekod keterangan Kit Siang dengan 27 soalan isu PM bukan Melayu: Peguam
December 13, 2023· Politik
Popular
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok