Saya maafkan Ummi Hafilda yang tak tahu keadaan sebenar, kata Azmin

Ummi Hafilda Ali tidak mengetahui keadaan sebenar sehingga membuat tuduhan palsu mendakwa yang abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjelaskan adiknya mungkin tersilap dalam tuduhan dibuat terhadapnya dan beliau sudah pun memaafkan pun adiknya itu memandangkan sedang menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Saya membaca tuduhan yang dibuat oleh Ummi Hafilda. Sebagai abang, saya maafkan tuduhan tersebut. Tidak ada apa-apa yang perlu saya simpan di hati.

“Mungkin beliau tidak mengetahui keadaan sebenar. Semoga Syawal ini lebih bermakna untuk kita semua. Eid Mubarak,” katanya lapor portal.

Sebelum ini, tular di media sosial Ummi Hafilda mendakwa ahli keluarga Azmin telah merentas daerah dan menghadiri perjumpaan untuk sambutan hari raya Aidilfitri.

Terdahulu, Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, siasatan awal terhadap dakwaan bahawa keluarga Azmin melanggar SOP PKP mendapati, semua individu terbabit mendiami kediaman Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri di Presint 10, Putrajaya.

BERITA BERKAIT
POPULAR