Saya cakap ada fakta, tak perlu malu, kata MB Kedah isu saman Anwar

March 16, 2023 · Isu semasa

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor rakyat Kedah tidak perlu malu apabila Menteri Besar mereka disaman kerana bercakap perkara yang menjadi fakta dan sejarah.

Merujuk kepada saman Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata saman itu ditujukan kepada beliau sendiri bukan di atas kapasiti sebagai Menteri Besar Kedah dan rakyat negeri itu tidak perlu berasa malu

Pada 13 Disember 2022, Perdana Menteri memfailkan saman terhadap Muhammad Sanusi , berhubung ucapan berbaur fitnah dalam satu kempen ceramah ‘Jelajah PN Best Tambun’ ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Anwar, 75, yang juga plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan SN Nair & Partners di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah dengan menamakan Muhammad Sanusi, 48, sebagai defendan tunggal.

Perdana Menteri mendakwa pada 14 November lalu, kenyataan fitnah daripada video itu telah dipetik oleh MalaysiaKini dan portal itu menerbitkan satu artikel dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris bertajuk “Kes liwat Anwar: Dulu kesian sungguh, sekarang PAS kata kena ‘pikiaq’.

Muhammad Sanusi kemudian memaklumkan, beliau sudah memfailkan penyataan pembelaan di Mahkamah Tinggi Alor Setar sebaik sahaja menerima perintah mahkamah.

Mengulas lanjut, ADUN Jeneri itu berkata ucapan dibuatnya sehingga disaman, dilakukan ketika kempen pilihan raya.

“Kawan hat (yang) saman saya pun, dia dok menyanyi lagi. Dia pun tak jadi PM lagi. Satu Malaysia dok menyanyi hoi ya hoi. Akhirnya dia pakat tubuh kerajaan.

“Saman tu tak tentu dia menang lagi. Masuk mahkamah saya menang macam mana? Saya boleh beritahu mahkamah semua. Ceramah saya berkaitan dengan sejarah apa yang saya sebutkan adalah kes mahkamah. Esok keluar balik semua itu.

“Saya tak bimbang saman itu pasal saya sebut tentang fakta kes. Yang telah berlaku dalam mahkamah di negara ini. Saya ulang balik. Ramai yang bersedia untuk menjadi saksi saya. Tidak ada sedikit pun rasa gentar,” katanya.

Berita berkaitan
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
5 jam lalu· Isu semasa
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
14 jam lalu· Isu semasa
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
15 jam lalu· Politik
MB perlu bercuti sementara ketika siasatan sedang berjalan: Pemuda PAS Selangor
March 16, 2023· Politik
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
8 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
8 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
9 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
10 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir Johor turun kepada 8,650, 47 PPS masih beroperasi
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
15 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok