Saya akan terus sebut Najib sebagai penjenayah, kata Dr Mahathir

February 28, 2022 · Isu semasa

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berkata beliau akan menyebut nama Datuk Seri Najib Razak sebagai penjenayah setiap kali yang diperlukan.

Dalam tulisan di blog beliau hari ini Pengerusi PEJUANG itu menjelaskan bukan beliau seorang sahaja yang menyebut nama Najib dan kaitannya dengan jenayah dilakukan.

“Seluruh negara, bahkan seluruh dunia menyebut nama Najib sebagai penjenayah dalam ucapan, tulisan, buku (termasuk buku adiknya), radio dan televisyen dan lain-lain media.

“Buku sejarah akan catit nama Najib supaya generasi akan datang kenal Najib sebagai penjenayah yang telah curi duit berbillion yang mahkamah telah sahkan.

“Saya akan sebut nama Najib sebagai penjenayah setiap kali yang diperlukan,” katanya sambil menjelaskan nama Najib disebut di seluruh dunia sekali gus menunjukkan skala jenayah dilakukannya.

Dr Mahathir menjelaskan beliau lebih kerap menyebut nama Najib dan jenayah dilakukan kerana kaitan rapat dengan kerosakan yang berlaku ke atas negara dan kekalahan UMNO.

Menurutnya Najib juga cuba memadan kaitannya dan jenayah sengan mendakwa tidak salah jika pemimpin mencuri dan memberikan gelaran pada dirinya sebagi ‘boss’ dan tiada siapa perlu malu apabila bos mencuri.

“Anggapan perlakuan jenayah tidak memalukan bercanggah dengan nilai hidup masyarakat manusia dan masyarakat Malaysia. Jika tidak disangkal akan rosaklah masyarakat.

“Sebab itu hujah “tak malu” bila mencuri perlu ditolak untuk mengekal nilai asal yang mulia. Adalah mustahil Najib dan jenayah yang dilakukan olehnya tidak disebut. Demikian naluri manusia sesuatu itu akan diterima apabila diulangi berkali-kali.

Beliau berkata sejarah Malaysia juga berkait rapat dengan UMNO dan parti itu pula dikenali kerana pemimpinnya.

Menurut Dr Mahathir pada peringkat permulaan, UMNO tidak dapat dipisahkan dengan Allahyarham Datuk Onn Jaafar yang menewaskan rancangan Malayan Union.

Katanya, Allahyarham Datuk Onn cuba membuka UMNO kepada kaum lain tetapi ditolak dan terpaksa meletak jawatan sebagai Yang di-Pertua UMNO.

“Kemudian Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Yang di-Pertua UMNO. Beliau membawa banyak kejayaan termasuk kemerdekaan bagi Malaya dan Malaysia. Pada masa itu apabila Malaysia disebut nama Tunku juga disebut bersama.

“Kemudian Tun Razak menjadi Perdana Menteri dan dia amat berjasa kepada negara. Namanya dan pembangunan Malaysia dikait rapat. Apabila disebut Malaysia, nama Tun Razak disebut bersama.

“Pada masa itu dan sebelumnya nama Najib tidak pernah disebut. Kebaikan dan keburukkannya tidak ada kaitan apa-apa dengan negara. Tetapi apabila Tun Razak meninggal, secara spontan anak sulungnya disebut sebagai penggantinya. Masih tidak ada sesiapa yang mengaitkan Najib dengan negara. Namanya tidak didengar kerap.

“Malangnya Najib pilih jenayah untuk dikait rapat dengan dirinya. Tidak seperti bapaknya, Najib lihat kuasa sebagai peluang untuk memperkayakan dirinya,” katanya.

Pada 28 Julai 2020, Najib – Perdana Menteri keenam bermula 2009 hingga 2018 – menjadi ketua negara pertama di Malaysia diheret ke mahkamah, dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC.

Hakim yang mengendalikan kes itu, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, didapati bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan dana SRC, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini diletak di bawah Kementerian Kewangan.

Pada 2 Disember 2020 – Najib mengemukakan 307 alasan dalam petisyen rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta itu.

Pada 8 Disember Panel hakim Mahkmaha Rayuan ketika menolak rayuan Najib, menyifatkan, adalah tidak masuk akal bagi kerajaan untuk menjamin pinjaman kepada syarikat korporat berkaitan kerajaan (GLC) dengan mengetahui ia tidak boleh membayar balik pinjaman atau faedah.

Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, dalam penghakimannya, menegaskan langkah mendedahkan kerajaan untuk menjamin syarikat korporat yang bermasalah ini bagi mendapatkan pinjaman bukan satu tindakan demi kepentingan negara.

“Itu hanyalah pengurusan kewangan dana awam yang buruk. Ia bukan sesuatu yang boleh dikatakan dilakukan demi kepentingan negara. Tiada kepentingan negara di sini, ia cuma memalukan negara,” katanya.

Tatkala masih menunggu keputusan rayuannya di Mahkamah Persekutuan pula, bekas Presiden UMNO itu terus naik turun di mahkamah bagi berdepan pelbagai tuduhan jenayah rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa yang melibatkan kehilangan berbilion-bilion wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Berita berkaitan
UMNO Terengganu berkempen untuk calon sendiri, bukan PAS
16 jam lalu· Politik
Semoga sempat bentang sebelum bubar, kata Ketua Pemuda PAS
18 jam lalu· Politik
Petisyen bantah PRU-15 semasa banjir dilancar, mahu halang Zahid ‘redah’
September 28, 2022· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Popular
Peguam Najib kata RM60.6j hadiah Saudi, tapi saksi tak dapat sahkan
September 28, 2022
Mahkamah tolak permohonan Shafee gantung prosiding saman LHDN
September 28, 2022
Kes Ebit Lew: Saksi minta mangsa buat laporan polis di Sabah
September 28, 2022
‘Mencurah wang’ daripada syarikat berkait Jho Low masuk akaun Najib
September 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu wujudkan mekanisme pantau, nilai pelaksanaan syor MPN
5 jam lalu · Isu semasa
SRC, 2 anak syarikat selesai saman terhadap Putrade Property: Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
Hampir 16,000 anggota agensi bencana siap sedia di Selangor
6 jam lalu · Isu semasa
Pakar motivasi nafi cuba rosakkan reputasi Ebit Lew
6 jam lalu · Isu semasa
FAA akan letak semula keselamatan udara kita ke Kategori 1: Laporan
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok