Saya akan perangi rasuah tanpa rasa takut atau berpihak: Azam

January 19, 2022 · Isu semasa

Tan Sri Azam Baki akan meneruskan tugasnya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan keputusan Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang mendapati beliau tidak melakukan sebarang kesalahan berkaitan akaun dagangan.

Azam dalam satu kenyataan hari ini berkata beliau bersyukur atas keputusan SC tersebut, menurut laporan Bernama.

“Alhamdulilah, saya amat bersyukur dengan keputusan SC yang mana mendapati bahawa saya tidak melakukan sebarang kesalahan. Saya telah dimaklumkan oleh SC bahawa inkuiri mengenai perkara itu telah ditamatkan. Oleh sebab itu, mereka telah menutup fail inkuiri.

“Atas keputusan itu, saya akan meneruskan tugas saya sebagai Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memerangi rasuah dalam negara ini tanpa rasa takut atau berpihak,” katanya.

Terdahulu SC dalam satu kenyataan menyatakan mereka telah menamatkan ikuiri berkaitan dengan akaun dagangan Azam dan berdasarkan kepada bukti yang dikumpul, mereka tidak dapat membuat penemuan secara konklusif bahawa berlakunya pelanggaran di bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA).

Sebagai pengawal selia pasaran modal, SC menyatakan bidang kuasa kawal selianya adalah sebagaimana yang terkandung di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 (SCMA), Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) dan SICDA.

Berita berkaitan
C4 bidas PMX lagi lantik Azam Baki, tak faham kenapa masih disambung lantikan
21 jam lalu· Politik
Dana judi : Parti politik disiasat jangan panik, kata Azalina
June 2, 2023· Politik
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
June 2, 2023· Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023· Isu semasa
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ekstradisi Jho Low rumit, mencabar : MCW
7 minit lalu · Isu semasa
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
4 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
6 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
7 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
13 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok