Satu lagi sesi tak menentu diunjurkan untuk ringgit minggu depan

August 20, 2022 · Isu semasa

Ringgit berkemungkinan menyaksikan satu lagi sesi tidak menentu minggu depan kerana dolar Amerika Syarikat (AS) yang kukuh mungkin terus meredupkan kilauan unit tempatan itu sehingga kepastian muncul.

Walaupun ekonomi makro domestik kekal utuh, prestasi unit tempatan terus terjejas akibat perkembangan luar, kata seorang penganalisis.

Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed) Jerome Powell akan berucap pada Simposium Jackson Hole pada 26 Ogos ini yang dijangka memberi impak besar ke atas mata wang negara-negara sedang pesat membangun.

“Kenyataannya akan memberi petunjuk baharu kepada pelabur mengenai hala tuju bank pusat AS itu dalam perkara berkaitan kadar faedah serta inflasi. Minit mesyuarat pada Julai yang diumumkan hanya menunjukkan kewajaran bagi kenaikan kadar faedah apabila inflasi terus memberi risiko ke atas ekonomi,” katanya menurut Bernama.

AS juga dijangka mengumumkan unjuran kedua Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku kedua (KDNK) pada 25 Ogos ini.

Menurut unjuran Biro Analisis Ekonomi, KDNK AS susut pada kadar faedah 0.9 peratus dalam suku kedua dan turun 1.6 peratus pada suku pertama.

Penganalisis ActivTrades Alexander Londono berkata angka perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) AS yang bakal diumumkan pada 24 Ogos, juga merupakan petunjuk inflasi yang menjadi pilihan Fed.

“Jika angka PCE cenderung meningkat, perbandingan dolar AS/ringgit mungkin naik ke paras 4.50. Sebaliknya jika susut, paras 4.45 sekali lagi boleh menjadi sokongan sekiranya dolar AS/ringgit terus merosot,” katanya.

Selain itu, pelabur juga dalam proses menerima pelbagai perkembangan kurang memberangsangkan pada minggu ini, termasuk tindakan tidak dijangka People’s Bank of China mengurangkan kadar dasar utamanya untuk kali pertama sejak Januari.

Ia bertindak menurunkan kadar pinjaman jangka sederhana selama setahun sebanyak 10 mata asas kepada 2.75 peratus ketika China terus bergelut dengan pertumbuhan ekonomi yang perlahan.

Selain itu, data lain menunjukkan pembinaan kediaman baharu di AS mencecah paras terendah dalam tempoh 18 bulan pada Julai dan membuktikan ketidaktentuan pasaran hartanah yang berpotensi memburukkan lagi inflasi.

Pada Khamis, beberapa perkembangan menyuntik sentimen positif termasuk tuntutan pengangguran AS yang susut kepada 250,000 minggu lepas berbanding 252,000 pada minggu sebelumnya, sekali gus menunjukkan ketidaktentuan pasaran yang kekal ketara.

Faktor-faktor terbabit telah meletakkan ringgit dalam sentimen negatif untuk lima hari berturut-turut dengan nilainya kekal di paras terendah sejak Januari 2017.

Pada Jumaat, ringgit susut berbanding dolar AS kepada 4.4760/4795 daripada 4.4435/4455 pada minggu sebelumnya.

Ringgit bagaimanapun diniagakan lebih mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan itu meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2767/2795 daripada 3.3292/3310 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.3126/3167 daripada 5.3975/3999.

Ringgit juga mengukuh berbanding dolar Singapura pada 3.2225/2254 daripada 3.2406/2428 minggu lepas dan naik berbanding euro kepada 4.5069/5104 daripada 4.5759/5780.

Berita berkaitan
Baik Zahid minta PM kerap buat mesyuarat ekonomi daripada PRU, kata pembantu Muhyiddin
24 jam lalu· Politik
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar selepas kejatuhan semalam
September 30, 2022· Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.7O berbanding dolar
September 29, 2022· Isu semasa
DAP tolak PRU awal walaupun terpaksa terima kerajaan huru-hara, kata Loke
September 29, 2022· Politik
Popular
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
September 29, 2022
Kertas siasatan Hakim Mohd Nazlan selesai: SPRM
September 30, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,007 kes semalam, 5 kematian
2 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
2 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
4 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
15 jam lalu · Isu semasa
Terbitan MGII Lestari kerajaan RM4.5b terlebih langganan 2.38 kali
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
12 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok