
Kawasan Parlimen tempat Datuk Seri Ahmad Maslan sebelum ini sudah dilanda banjir.
Banjir kilat yang melanda di beberapa kawasan Parlimen Pontian, tempat Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyebabkan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibukan semalam.
PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Anom bagi menampung mangsa banjir yang meningkat menjadi 29 orang setakat pagi ini berbanding hanya 22 orang sahaja malam tadi, menurut laporan.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam satu kenyataan memberitahu PPS yang mula beroperasi pada 4 petang itu menempatkan 19 orang daripada empat keluarga melibatkan penduduk dari Kampung Parit Haji Mohamad Sanglang.
Sementara itu, jumlah mangsa banjir yang masih ditempatkan di PPS SK Sungai Linau di Kluang yang menempatkan penduduk dari Kampung Sungai Linau menurun kepada 10 orang daripada dua keluarga pagi ini.
Banjir kilat di negeri itu berlaku berikutan hujan lebat yang turun melebihi dua jam sejak 10 pagi Ahad lepas.