
Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia.
Satu lagi nama kementerian ditukar dibawah pentadbiran kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN).
Dalam satu pengumuman hari ini, nama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dipinda menjadi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Perkara tersebut diumumkan oleh Menterinya yang juga Timbalan Perdana Menteri (TPM) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Zahid dalam satu kenyataan dikeluarkan KKDW, hari ini, berkata kementerian itu memfokus inisiatif melahirkan masyarakat desa yang sejahtera dalam pelbagai aspek kehidupan, bukan saja dari segi infrastruktur tetapi juga sosial, ekonomi, budaya dan persekitaran.
Beliau berkata, KKDW komited bersama Kerajaan Perpaduan menerus dan merealisasikan agenda serta program teras bawah kementerian itu untuk memastikan masyarakat desa terus menerima manfaat yang disediakan bagi mengubah taraf sosioekonomi, sekali gus menyumbang kepada kemajuan negara.
Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkanZahid, 69, sebagai TPM serta memegang portfolio Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.