Satelit MEASAT-3d berjaya dilancar pagi tadi

June 23, 2022 · Isu semasa

Satelit MEASAT-3d berjaya dilancarkan di French Guiana, Amerika Selatan pada 6.50 petang waktu tempatan 22 Jun (5.50 pagi tadi waktu Malaysia), dan menghantar isyarat telemetri pertama pada jam 6.41 pagi.

Satelit telekomunikasi milik MEASAT itu dilancarkan menerusi roket pelancar Ariane-5 di Pusat Angkasa Lepas Guiana yang terletak kira-kira 17,000 kilometer dari Malaysia.

Proses pemisahan pertama dari roket pelancar Ariane-5 berlaku pada 6.19 pagi waktu Malaysia dan pemisahan kedua pada 6.34 pagi sebelum isyarat pertama diterima oleh bumi tujuh minit kemudian, menurut Bernama.

Pelancaran satelit MEASAT-3d mengalami kelewatan 47 minit daripada jadual asal pada 5.03 pagi waktu Malaysia.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Mohammad Mentek mengetuai delegasi Malaysia ke tapak pelancaran roket itu.

Beliau turut disertai Duta Besar Malaysia di Perancis Datuk Mohd Zamruni Khalid; Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan, wakil Kementerian Pertahanan Laksamana Muda Datuk Shamsuddin Ludin; dan Ketua Pegawai Operasi MEASAT Yau Chyong Lim.

Pelancaran itu disaksikan secara langsung Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba serta beberapa menteri Kabinet lain di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Turut hadir Pengerusi Astro Malaysia Holdings Bhd Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Pengarah Measat Global Shaharul Rezza Hassan.

Satelit yang dianggar melibatkan kos RM1.2 bilion dengan jangka hayat 18 tahun itu dijangka mampu merapatkan jurang ketersambungan digital dan membentuk masa depan ketersambungan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia, selaras inisiatif kerajaan melalui pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Satelit MEASAT-3d berukuran 31 meter (m) x 9m x 5m seberat 5,600 kilogram itu dilancarkan bertujuan untuk meningkatkan perkhidmatan perhubungan kepada Malaysia dan negara-negara serantau serta beberapa perkhidmatan baharu melalui satelit berkenaan dijangka dapat ditawarkan seawal Ogos 2022.

Satelit itu merupakan jenis Geostationary Equatorial Orbit atau GEO mempunyai tapak liputan yang luas dan berkemampuan untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar yang pantas dan menyokong aliran tinggi data dikenali sebagai High Throughput Satellite (HTS).

HTS adalah antara perkhidmatan penting dalam penyediaan perkhidmatan jalur lebar tinggi terutamanya di kawasan pedalaman.

Berita berkaitan
Bekas CEO Astro akui terima aset AS$10 juta dari Leissner, sedia pulangkan semula
April 13, 2022· Isu semasa
Popular
Ia berlaku seperti jangkaan, kata pendakwaan bantah permohonan Najib
July 6, 2022
21 Julai keputusan Najib boleh atau tidak dapat khidmat QC Britain
July 6, 2022
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
Hakim setuju lawat 2 banglo disebut dalam kes rasuah Presiden UMNO
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Zahid mengaku anak diminta pantau pelaksanaan pelaburan dalam hotel
July 6, 2022 · Isu semasa
‘Kelakar’ jika tanya penderma duit haram atau tidak, kata Zahid
37 minit lalu · Isu semasa
Maybank naikkan kadar pinjaman asas 25 mata mulai Jumaat
1 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh lagi, Bursa Malaysia pula menjunam
1 jam lalu · Isu semasa
4 Ogos keputusan permohonan Rosmah ketepi Sri Ram
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir wakaf tapak perkuburan Islam di Kepala Batas
2 jam lalu
[VIDEO] Asia Times sangkal penafian Mat Hasan, kongsi rakaman audio
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok