Sasaran 50% populasi dewasa terima dos lengkap dicapai bulan ini

August 15, 2021 · Isu semasa

Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran 50 peratus penduduk dewasa melengkapkan dos suntikan vaksin pada bulan ini, demikian menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Khairy berkata PICK sudah mula menunjukkan hasil positif dengan sebanyak 12 juta dos vaksin telah diberikan setakat Julai lepas, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan sejak Februari hingga Jun mencecah lebih 8 juta dos.

“Purata kadar vaksinasi harian kita pada Julai mencecah hampir 400,000 melebihi sasaran iaitu 300,000. Kita bermula lewat sebulan berbanding negara maju seperti Australia, Jepun dan Korea Selatan, namun kita telah berjaya bergerak lebih pantas,” katanya lapor Bernama.

“Perkembangan di negara kita ini telah diiktiraf di peringkat antarabangsa dan kita berjaya merekodkan kadar vaksinasi harian melebihi setengah juta dos.

“Ini terbukti bahawa, isu kekurangan kapasiti, sumber daya atau kompetensi bukanlah penghalang kejayaan kita ini, tetapi sebaliknya ia disebabkan oleh bekalan vaksin yang tidak konsisten akibat ketidakadilan pengagihan vaksin COVID-19 oleh negara-negara tertentu yang turut dikritik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia,” katanya lagi.

Menurut Khairy, PICK juga berjaya mencapai sasaran memastikan 100 peratus individu dewasa di Lembah Klang menerima sekurang-kurangnya suntikan satu dos vaksin, melalui Operasi Lonjakan Kapasiti atau Operation Surge Capacity yang melibatkan jumlah kadar purata vaksinasi harian sebanyak 235,000 dos sepanjang program berkenaan.

Oleh itu, beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan berharap dapat melihat perubahan dalam bilangan kemasukan pesakit ke hospital dan kes kematian di Lembah Klang dalam tempoh beberapa minggu lagi apabila lebih ramai individu melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Khairy berkata, Malaysia kini telah mencapai lebih 40 peratus populasi dewasa yang menerima dua dos suntikan vaksin dan lebih 50 peratus jumlah populasi negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, sementara 81 peratus daripada individu dewasa yang berdaftar telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam video tersebut, Khairy turut menyebut mengenai keberkesanan PICK di Labuan dengan 60 peratus daripada jumlah penduduknya telah melengkapkan suntikan vaksin, sementara Sarawak mencapai 56 peratus.

Oleh itu, sejak awal Julai lepas, pesakit Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) telah berkurangan sebanyak 60 peratus di Sarawak dan hampir 100 peratus di Labuan, manakala data penting lain termasuk kematian dan kemasukan kes serius ke hospital juga menunjukkan trend yang menurun.

“Kita menyedari bahawa varian Delta tersebar luas di Sarawak dan Labuan, namun Alhamdulillah, vaksin telah mempunyai kesan yang diharapkan untuk mengurangkan tahap keparahan COVID-19,” katanya.

Khairy juga menggesa agar lebih ramai pekerja asing dan migran untuk mendapatkan vaksin dan PICK akan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan untuk menyuntik vaksin kepada komuniti pelarian dengan vaksinasi mereka tidak lama lagi, manakala individu di penjara dan pusat tahanan juga akan divaksinasi dalam tempoh beberapa minggu lagi.

“Prestasi kita pada Julai amat memberangsangkan dan kita berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran pada Ogos. Kita perlu bekerja keras untuk memastikan sebanyak mungkin individu divaksin secepat mungkin agar negara kembali pulih, rakyat dapat menjalani kehidupan normal dan aktiviti ekonomi dibuka semula dengan lebih giat.

“Saya tidak akan berhenti sehingga setiap individu dewasa melengkapkan dos suntikan vaksin mereka pada hujung Oktober ini. Itu adalah janji saya kepada anda. Saya harap saya dapat mencapainya,” katanya.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
August 9, 2022· Dunia
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Popular
Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya
August 14, 2022
Rakyat mahu tahu kebenaran berhubung skandal LCS, kata bekas AG
August 14, 2022
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
August 14, 2022
Polis akan panggil 13 individu demonstrasi kapal tempur LCS
August 14, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia Airlines rai penerbangan terus pertama ke Haneda, Jepun
2 jam lalu · Isu semasa
Peninju Thailand maut selepas aksi muay thai di Kota Bharu
4 jam lalu · Isu semasa
Polis akan panggil 13 individu demonstrasi kapal tempur LCS
4 jam lalu · Isu semasa
RTM siar 41 perlawanan Piala Dunia Qatar 2022, 27 siaran langsung
4 jam lalu · Isu semasa
KPM akan umum data pelajar lepas SPM tidak lanjut pelajaran: Radzi
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok