Sarawak, Kelantan ke Fasa Empat PPN

December 31, 2021 · Isu semasa

Kerajaan bersetuju Sarawak dan Kelantan, beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) Isnin ini, 3 Januari 2022, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira penilaian risiko semasa yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Susulan peralihan di kedua-dua negeri berkenaan dari Fasa Tiga sebelum ini, ia bermakna seluruh negara kini berada di Fasa Empat PPN, lapor Bernama.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pihak khususnya Kerajaan Negeri yang bertungkus-lumus mengurus situasi pandemik di negeri masing-masing terutama demi memenuhi nilai ambang yang ditetapkan di bawah PPN,” katanya.

Hishammuddin bagaimanapun mengingatkan orang ramai agar tidak berasa terlalu selesa, memandangkan Covid-19 masih merupakan satu ancaman kepada keselamatan dan kesihatan terutama dengan penularan varian Omicron.

“Saya ingin memaklumkan SOP bagi negeri-negeri yang memasuki Fasa Empat PPN adalah sama dengan sebelum ini,” katanya.

“Pakai pelitup muka, amal penjarakan fizikal, dapatkan dos penggalak sekiranya layak, lakukan ujian pengesanan Covid-19 secara berkala dan amalkan TRIIS (Ujian, Laporan, Asingkan, Maklumkan, Cari). dengan sebaik mungkin.

Hishammuddin turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2022 kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Tahun 2021 sarat dengan ujian dan cabaran namun alhamdulillah kita telah dapat laluinya bersama-sama. Marilah kita doakan, semoga tahun 2022 menjadi tahun yang lebih bermakna buat diri, keluarga dan negara. InsyaAllah,” katanya.

Berita berkaitan
ADUN Jepak di Sarawak meninggal dunia: Laporan
September 15, 2023· Isu semasa
ADUN pembangkang di Kelantan dapat peruntukan, tak seperti kerajaan campuran
August 23, 2023· Politik
Keputusan PRN 2023 jejas legitimasi kerajaan Anwar untuk terus memerintah: Jayum
August 14, 2023· Politik
PN pertahan Kelantan menang 43 DUN
August 12, 2023· Politik
Popular
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
September 21, 2023
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023
Pemandu bas sekolah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun kerana meliwat
September 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
3 jam lalu · Isu semasa
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
3 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
3 jam lalu · Isu semasa
Penagih dadah meningkat 27 peratus, kata AADK
6 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
2 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
5 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok