Sarawak bertindak awal sekat pengembara dari India

April 26, 2021 · Isu semasa

Kerajaan Sarawak bertindak lebih awal dengan menyekat kemasukan pengembara dari India bagi mencegah penularan virus Covid-19 Varian Yang Membimbangkan (variant of concern atau VOC) jenis baharu, lapor Bernama yang memetik kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

JPBN dalam kenyataan hari ini memaklumkan, keputusan yang berkuat kuasa serta-merta itu juga membabitkan mereka yang pernah berada di India dalam tempoh 30 hari.

Baru-baru ini, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata pengembara dari India yang baru tiba di Malaysia perlu dikuarantin wajib selama 14 hari berbanding 10 hari sebelum ini.

Arahan itu, katanya, adalah sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan penularan VOC jenis baharu di negara ini memandangkan ada dalam kalangan varian itu dikesan di Malaysia, misalnya varian B.1.351 atau South African variant.

Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat tiga jenis varian yang membimbangkan iaitu B.1.351 yang mula dilaporkan di Afrika Selatan, B.1.1.7 dari United Kingdom dan B.1.1.28 atau P1 dari Brazil dan Jepun.

Menurut JPBN, Sarawak hari ini merekodkan 615 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 28,529 kes.

Enam kes kematian baharu akibat jangkitan itu dilaporkan, sekali gus menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 162 orang.

Dalam kenyataan yang sama, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak turut mengisytiharkan tiga lagi kluster baharu iaitu Kluster Sungai Senibung di Julau, Kluster Pondok di Belaga dan Kluster Jalan Sebauh-Bintulu di Sebauh.

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Malaysia-India setuju iktiraf bersama sivil vaksinasi
June 18, 2022· Uncategorized
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
2 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
2 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
3 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
3 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok