Sapina kes Lokman untuk malukan DPP: Timbalan Pendakwa Raya

August 1, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengetepikan sapina memanggil seorang Timbalan Pendakwa Raya (DPP) bagi menjadi saksi dalam prosiding menghina mahkamah oleh bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Lokman Noor Adam.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah yang menolak sapina dikeluarkan kepada Datuk Raja Rozela Raja Toran pada 26 Julai lalu.

Sehubungan itu, mahkamah juga memutuskan untuk mendengar prosiding kes Lokman didakwa menghina anggota polis ketika prosiding kes rasuah Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang berjalan, pada Rabu, 3 Ogos.

Sequerah berpuas hati bahawa Raja Rozela hanya membantu sebagai pegawai mahkamah, bukan bertindak sebagai saksi yang material pada prosiding menghina mahkamah terhadap Lokman.

Beliau berpendapat, kata-kata yang didakwa menghina itu tidak diucapkan di hadapan Raja Rozela sebaliknya maklumat itu disampaikan kepadanya ketika mahkamah bersidang.

Memetik Utusan, hakim berpuas hati tiada asas terhadap dakwaan bahawa Raja Rozela telah mengelirukan atau berbohong kepada mahkamah.

Hakim Sequerah turut menolak permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P Kunyalam agar kos dibayar secara peribadi oleh peguam, K Balaguru yang mewakili Lokman.

Terdahulu, Mohamad Mustaffa memohon agar sapina itu diketepikan atas alasan Raja Rozela bukan saksi yang material pada prosiding menghina mahkamah terhadap Lokman.

Hujah beliau, sapina itu bertujuan untuk merendah-rendahkan dan memalukan DPP yang menjalankan tugas di mahkamah.

Katanya pihak pembelaan sepatutnya memanggil anggota polis berkenaan memberi keterangan pada prosiding tersebut.

Bagaimanapun Balaguru berkata beliau hanya memohon sapina dikeluarkan terhadap Raja Rozela bagi membantu mahkamah kerana kata-kata yang didakwa menghina itu disampaikan kepadanya.

Pada 8 Julai lalu, media melaporkan bahawa Lokman memilih untuk dibicarakan dalam prosiding menghina mahkamah berhubung dakwaan mengeluarkan kata-kata tidak wajar terhadap anggota polis dan mempersoalkan sistem mahkamah yang dikatakan tidak adil kepadanya.

Balaguru ketika itu memaklumkan, beliau menasihatkan Lokman mengapa beliau perlu meminta maaf kerana tidak melakukan apa-apa kesalahan seperti yang didakwa dilakukannya.

Balaguru menjelaskan, anak guamnya tidak memanggil anggota polis mahkamah Lans Koperal Walter Lee Yun Fui ‘bodoh’ seperti yang dimaklumkan oleh Raja Rozela pada 30 Jun lalu, sebaliknya menyatakan prosedur operasi standard (SOP) mahkamah bodoh kerana bersikap tidak adil kepadanya.

Pada 30 Jun lalu, Mahkamah Tinggi mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Lokman agar beliau menjelaskan mengapa tindakan menghina mahkamah tidak boleh dikenakan terhadapnya kerana menghalang tugas anggota polis pada perbicaraan kes Zahid.

Berita berkaitan
Pengarah urusan syarikat tipu pakej umrah dipenjara 10 tahun
August 9, 2022· Isu semasa
Shahrir bayar penuh beli kereta Honda RM118,485 guna cek: Saksi
August 8, 2022· Isu semasa
Saksi kes Guan Eng akui bayar orang tengah RM19 juta sebab diugut
August 8, 2022· Isu semasa
Saman Muhyiddin: Permohonan injunksi Zahid ditolak mahkamah
August 8, 2022· Politik
Popular
Najib tarik balik dakwaan hakim rasuah, berkeras minta perbicaraan semula
August 9, 2022
Mahkamah lepas, bebas Peter Anthony daripada enam tuduhan
August 9, 2022
Skandal kapal tempur TLDM ‘ribut’ jatuhkan BN, UMNO pada PRU-15
August 9, 2022
Warga Indonesia antara empat didakwa racun burung merpati
August 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Saksi utama kes Guan Eng cuti sakit empat hari
August 10, 2022 · Isu semasa
Najib sangkal berpakat songlap peruntukan bina kapal tempur TLDM
40 minit lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar, Wall Street jejas bursa saham
1 jam lalu · Isu semasa
RM6 bilion beli peralatan 6 kapal tempur secara pukal: CEO LTAT
2 jam lalu · Isu semasa
Reka bentuk pun belum siap, bagaimana Hisham boleh kata LCS akan siap setahun dua?
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok