
Tun S Samy Vellu.
Tun S Samy Vellu menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 86 tahun di kediamannya kira-kira jam 8 pagi di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada Khamis.
Pemergian bekas Presiden MIC disahkan Naib Presiden MIC, Datuk T Mohan yang dipetik laporan Astro Awani dan menurut laporan mendiang meninggal dunia ketika dalam tidur.
Berita itu turut dikongsi Datuk Seri Dr S Subramaniam dalam akaun peribadi Facebook miliknya pada Khamis.
Dalam pada itu Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang di atas pemergian ahli politik veteran itu.
Mendiang dipilih menganggotai Kabinet pertama kali pada 1979 dan dilantik sebagai Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Dari tahun 1979 hingga 1989, beliau dilantik sebagai Menteri Kerja Raya.
Kemudian dari tahun 1989 hingga 1995, beliau dilantik sebagai Menteri Tenaga, Komunikasi dan Pos. beliau memegang semula jawatan sebagai Menteri Kerja Raya sehingga 2008 berikutan kekalahan beliau pada pilihan raya umum.
Jawatan beliau sebagai Menteri kabinet mewakili parti MIC digantikan oleh setiausaha parti tersebut, Subramaniam, Menteri Sumber Manusia ketika itu.