Sampai kiamat isu bekalan air tak selesai walaupun BN memerintah

March 18, 2023 · Isu semasa

Ahli Exco Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata isu bekalan air bersih akan terus berbangkit seiring dengan pertambahan penduduk, pembangunan perumahan dan pusat komersial baharu serta pelbagai lagi evolusi kehidupan manusia sampai hari kiamat.

Malah, katanya setelah puluhan tahun Barisan Nasional (BN) memerintah negeri itu, isu bekalan air bersih tidak juga selesai.

“Contohnya, paip air yang dipasang 5 tahun lepas tentu sudah tak mampu lagi menampung keperluan tahun semasa sekarang.

“Apatah lagi kalau paip itu sudah berusia lebih 30 tahun.

“Setelah puluhan tahun BN perintah Terengganu, bila PAS ambik alih pada tahun 2018, banyak lagi aduan yang kita terima berkaitan isu bekalan air,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi itu berkata isu berkaitan air bersih yang tidak selesai adalah perkara normal.

“Itu normal sahaja. Bila kita pasang paip baru dengan pelbagai sumber peruntukan, kita tak tanya pun apa yang BN buat sebelum ini walaupun tempat yang kita pasang paip bukanlah kawasan penempatan baharu.

“Di Jabi saja kita telah pasang paip baru di Kg Tok Dor, Kg Bukit Tanah, Kg Renek, Kg Batang Gergaji, Kg Pohon Tal, Kg Anak Ikan, Kg Tanah Merah, Kg Tok Dat dan Kg Seri Tanjung Gong Pasir dalam tempoh 5 tahun terakhir ini. Maknanya ada isu yang belum selesai,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Azman berkata isu bekalan air tidak perlu dipolitikkan sedangkan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang diterajui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ada peruntukan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB).

“Negeri-negeri pembangkang Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis semuanya masuk dalam Wilayah Malaysia. Rasanya layak terima peruntukan bawah BALB tanpa perlu tunggu nanti BN perintah negeri,” katanya.

Tiga hari lalu, Zahid yang juga Presiden UMNO merayu rakyat Kelantan supaya memberi peluang kepada parti itu untuk tempoh lima tahun pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti, bagi menyelesaikan masalah bekalan air negeri ini.

Kata Zahid masalah air di Kelantan adalah janji UMNO yang akan diselesaikan sekiranya diberi peluang oleh rakyat.

“Bagi saya di Kelantan, masalah air mesti diselesaikan dan itu adalah janji UMNO dan Barisan Nasional (BN). Dalam keadaan ini, pengundi Kelantan perlu membantu UMNO untuk sekali ini.

“Cuba beri peluang untuk UMNO hanya untuk lima tahun sahaja, jika dirasakan tidak okay, boleh tukar semula,” katanya.

Berita berkaitan
Pemilihan UMNO: PMX ucap tahniah kepada Zahid walaupun tak bertanding
21 jam lalu· Politik
Anwar yakin dapat kembali sokongan orang muda hasil kerjasama dengan UMNO
March 18, 2023· Politik
MT UMNO boleh singkir Presiden tetapi mustahil untuk dilaksanakan: Noh
March 15, 2023· Politik
Bersatu buat laporan polis terhadap PMX, dakwa salahguna kuasa arah siasatan
March 15, 2023· Politik
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
5 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
8 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
8 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
9 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
15 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok