Sambutan hari jadi cetus kluster Covid-19 babitkan 49 individu

October 27, 2021 · Isu semasa

Majlis sambutan hari jadi dipercayai menjadi punca tercetusnya satu kluster baharu Covid-19 yang dilaporkan di Sabah, semalam, kata jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Beliau berkata Kluster Kimolohing yang dilaporkan di daerah Ranau itu setakat ini dikenal pasti membabitkan 49 individu yang dikesan positif.

Kluster berkenaan dikesan selepas kes indeks iaitu seorang lelaki tempatan dari Kampung Kimolohing, Ranau dikesan positif Covid-19 melalui saringan bergejala pada 18 Oktober lalu.

“Berdasarkan siasatan awal, kes indeks mengadakan majlis sambutan hari jadi pada 12 hingga 14 Oktober lalu di rumahnya. Kemudian pada 16 Oktober 2021, kes indeks juga menghadiri majlis hari jadi di rumah saudaranya.

“Selepas itu, kes indeks mula bergejala pada 17 Oktober dan menjalani saringan pada hari berikutnya sebelum didapati positif Covid-19.

“Berikutan itu, saringan kontak rapat dilakukan dan seramai 48 orang dari lokaliti yang sama didapati positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 49 kes. Bagaimanapun, punca jangkitan sebenar masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Sementara itu, Masidi berkata daripada 565 kes baharu yang dilaporkan di Sabah hari ini, 213 kes atau 37.7 peratus dikesan melalui saringan bergejala atau turut dikategorikan sebagai kes sporadik.

Katanya, jumlah itu masih tinggi dan harus menjadi peringatan agar semua penduduk tidak lalai dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Sehingga semalam, Sabah merekodkan 214,975 kes positif dengan 204,603 pesakit telah sembuh, manakala 7,994 kes masih aktif.

Negeri itu juga mencatatkan 2,482 kes kematian sejak awal tahun lalu, dengan seramai 16 pesakit Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam semalam.

Menurut catatan dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) seramai 6,095 pesakit Covid-19 di Sabah menjalani kuarantin di rumah, 1,050 di PKRC, 771 dirawat di hospital dan 78 dimasukkan ke unit rawatan rapi.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok