Saman RM1.9 juta: Najib bantah dua peguam wakili Tommy Thomas

August 12, 2022 · Isu semasa

Datuk Seri Najib Razak hari ini membantah pelantikan dua peguam daripada Tetuan Tommy Thomas untuk mewakili bekas peguam negara dalam saman RM1.9 juta yang difailkannya.

Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, yang mewakili Najib, berhujah bahawa pelantikan Alan Adrian Gomez dan Lai Wei Shiung untuk mewakili Thomas akan menyukarkan mereka untuk mengekalkan kebebasan profesional mereka dan bertindak secara objektif dalam saman itu, yang difailkan pada 22 Oktober tahun lepas.

Menurut Bernama, beliau berkata Thomas, defendan pertama dalam saman itu, adalah pengasas dan perunding atau rakan kongsi firma guaman berkenaan, manakala rakan kongsinya juga mempunyai kepentingan kewangan dalam firma itu.

“Adalah tidak wajar peguam dari firma yang sama mewakili Thomas kerana tindakan ini akan dilihat sebagai tidak profesional,” katanya pada pendengaran bantahan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Bache.

Sementara itu, Alan memberitahu mahkamah bahawa bantahan itu perlu ditolak kerana plaintif (Najib) wajar membuktikannya melalui afidavit sokongan bahawa peguam yang mewakili Thomas mempunyai kepentingan kewangan dan juga gagal mengekalkan profesionalisme mereka di mahkamah.

“Thomas bukan rakan kongsi Tetuan Tommy Thomas; dia hanya perunding dan tidak mempunyai kepentingan kewangan dalam firma guaman. Thomas meninggalkan firma guaman itu selepas dilantik sebagai peguam negara pada 4 Jun 2018, dan kemudian menyertai semula firma itu sebagai perunding pada September 2020,” katanya.

Thomas meletak jawatan sebagai peguam negara pada 28 Februari 2020.

Selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak, Hakim Ahmad menetapkan 19 Ogos ini untuk menyampaikan keputusannya mengenai bantahan itu.

Dalam saman itu, Najib, 69, menamakan Thomas dan kerajaan masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.

Dalam pernyataan tuntutan, Najib berkata dia telah didakwa di mahkamah dalam kes 1MDB, International Petroleum Investment Company (IPIC), salah guna kuasa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan pengubahan wang haram di bawah Akta Akti-Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa pertuduhan terhadapnya adalah sebahagian daripada langkah yang telah dirancang lebih awal oleh Thomas dan ia juga selari dengan perancangan kerajaan Pakatan Harapan ketika itu.

Najib meminta perisytiharan bahawa Thomas telah melakukan penyelewengan dalam jawatan awam dan menuntut ganti rugi RM1.9 juta, termasuk bagi menampung yuran perundingan untuk pasukan audit menyemak dokumentasi bagi penyediaan fakta menangani pendakwaan terhadapnya.

Berita berkaitan
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023· Isu semasa
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023· Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
Popular
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023
Ringgit mata wang paling rendah di Asia bagi 2023
July 1, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit dibuka rendah, jatuh dua hari berturut-turut
1 jam lalu · Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
1 jam lalu · Isu semasa
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
1 jam lalu · Isu semasa
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
1 jam lalu · Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
17 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok