Saman LHDN: Najib, anak gagal batal keputusan Mahkamah Tinggi

September 9, 2021 · Isu semasa

Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan anaknya Mohd Nazifuddin untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung tuntutan saman cukai ke atas mereka.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membuat keputusan ringkas dalam tuntutan saman cukai mereka terhadap Najib dan Nazifuddin, sekali gus membolehkan mahkamah memilih untuk memutuskan keputusan kes tanpa mendengar keterangan saksi.

Mengikut undang-undang sivil, sesebuah mahkamah dibenarkan membuat penghakiman ringkasan bagi sesuatu memutuskan hal perundangan tanpa menjalani persidangan penuh.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan di Putrajaya menolak permohonan kedua-duanya untuk membatalkan penghakiman ringkas yang dikeluarkan terhadap mereka dalam saman cukai yang masing-masing bernilai RM1.69 bilion dan RM37.6 juta.

LHDN kini sedang menunggu proses kemuflisan ke atas Ahli Parlimen Pekan itu dan anaknya dalam permohonan mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada 6 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan Mohd Nazifuddin perlu membayar tunggakan cukai tambahan LHDN bagi tempoh 2011 sehingga 2017 berjumlah RM37.6 juta, selepas membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadapnya.

Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.

Mohd Nazifuddin memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu di Mahkamah Rayuan yang menetapkan hari ini untuk mendengar rayuannya.

Mengikut Seksyen 103(2) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ITA), seseorang yang diperintahkan membayar hutang itu perlu menjelaskan bayaran kepada LHDN walaupun memfailkan rayuan.

Oleh itu, LHDN memfailkan notis kebankrapan terhadap Mohd Nazifuddin kerana masih gagal membayar jumlah berkenaan sehingga kini.

Najib pula perlu membayar RM1.69 bilion dengan lima peratus kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 22 Julai 2020 (tarikh keputusan Mahkamah Tinggi) sehingga 4 Februari lalu iaitu RM45.9 juta serta kos RM15,000 dan setakat tarikh itu, jumlahnya menjadi RM1,738,804,204.16.

Berita berkaitan
Firma peguam Najib nafi tarik diri jika perbicaraan rayuan SRC diteruskan
August 12, 2022· Politik
Tindakan Najib, Arul pinda laporan audit 1MDB adalah perbuatan jenayah, kata saksi
August 12, 2022· Isu semasa
Pengurus bank sahkan RM1 juta diterima Sharir daripada Najib
August 11, 2022· Isu semasa
Penganggur didenda RM7,000 hantar komunikasi ajak berhimpun ketika PKP
August 11, 2022· Isu semasa
Popular
Serang ustaz, pelajar tahfiz: Dua lelaki ditahan, tiga masih diburu
August 12, 2022
Skandal LCS: “Duit BNS sudah habis, esok pun company boleh lingkup”
August 13, 2022
Jho Low, bapa abai perintah beku aset: 1MDB dibenar bertindak
August 13, 2022
Menteri agama gesa KDN ambil tindakan wanita pakai ihram lelaki
August 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Skandal kapal tak siap, kontraktor bawa petugas media ke tapak pembinaan
8 minit lalu · Isu semasa
Mufti Pulau Pinang bidas wanita pakai ihram ketika umrah tak berakal
25 minit lalu · Isu semasa
Kerajaan cadang bina litar perlumbaan drag seluruh negeri: PM
32 minit lalu · Isu semasa
RUU Sumbangan Politik dibentang pada Oktober: Wan Junaidi
36 minit lalu · Isu semasa
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok