Saman Ismail Sabri terhadap bekas Ketua Wanita Bersatu didengar Oktober

March 25, 2021 · Isu semasa

Kes saman difailkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap bekas Ketua Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Anina Saadudin atas dakwaan menyiarkan kata-kata fitnah bahawa beliau tidak kompeten dalam menjalankan tugas ketika melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 1 Oktober depan.

Hakim Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril menetapkan tarikh itu selepas kes berkenaan disebut di hadapannya hari ini, lapor Bernama.

Dalam penyataan tuntutannya, plaintif mendakwa 13 kata-kata fitnah oleh Anina bermula 5 Februari hingga 3 Mac lepas menerusi Facebooknya yang turut dikongsi oleh pengguna laman sosial itu antara lain membawa maksud bahawa plaintif adalah ‘boneka’ yang semata-mata melaksanakan perintah perdana menteri, tidak cekap dan kompeten dalam kerjayanya.

Susulan itu, pada 5 Mac lalu, Ismail Sabri menfailkan saman itu dan mendakwa Anina telah menerbitkan fitnah terhadap plaintif dan turut memuat naik video di dalam Facebook miliknya, antara lain mendakwa menteri itu tidak kompeten dalam menjalankan tugasnya ketika melaksanakan peraturan-peraturan ketat untuk memerangi penyebaran COVID-19 menerusi PKP.

Anina, 46, selaku defendan memberitahu mahkamah bahawa beliau yang adalah seorang suri rumah tidak berkemampuan untuk melantik peguam, namun tetap akan membela dirinya sendiri.

“Saman akan diteruskan, saya hadir ke mahkamah dengan kepercayaan bahawa mahkamah akan berlaku adil dan tempat saya bercakap benar,” katanya.

Pada 11 Mac lepas, Ismail Sabri selaku plaintif memperoleh perintah interim injunksi daripada mahkamah untuk memaksa Anina dengan serta-merta memadamkan kesemua kenyataan fitnah mengenainya di laman Facebooknya (Anina).

Sementara itu, Anina turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau telah memadam posting (penghantaran) yang disebutkan dalam tuntutan saman itu dan juga telah menfailkan penyataan pembelaannya hari ini.

Ditanya Hakim Mohd Firuz, sama ada defendan mahu ketepikan perintah injuksi atau tiada masalah injunksi berkenaan diteruskan, Anina menjawab: “Saya tiada masalah untuk (injunksi) diteruskan”.

Peguam Ragunath Kesavan yang mewakili Ismail Sabri pula berkata, beliau mengambil maklum bahawa defendan telah memadam penghantaran yang dibuat di akaun media sosialnya selain tidak membantah sekiranya Anina memerlukan masa untuk melantik peguam.

Hakim Mohd Firuz juga menetapkan 21 Jun untuk pengurusan kes selanjutnya menerusi aplikasi Zoom.

“Saya beri masa untuk (Anina) lantik peguam untuk dapatkan nasihat kerana perbicaraan lambat lagi kerana mahkamah ini paling awal boleh dengar kes ini pada 1 Okt depan. Penyataan saksi perlu difailkan dua minggu sebelum perbicaraan… perintah injuksi dikekalkan,” kata hakim itu.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dua bekas pembantu Najib antara disaman seorang penceramah bebas
December 27, 2023· Politik
Projek HSR: Saman terhadap empat tokoh politik dibatalkan mahkamah
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Ditipu pelaburan tak wujud, juruaudit rugi RM1.48 juta
October 12, 2023
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok