Saman Anwar terhadap MB Kedah bakal buka sejarah lama isu moral

December 14, 2022 · Isu semasa

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sedia berdepan saman Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah berhubung kenyataannya terhadap Pengerusi Pakatan Harapan itu, ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Dalam kenyataan ringkasnya malam tadi, Pengerusi Perikatan Nasional Kedah itu menyatakan ucapannya ketika kempen PRU itu adalah berkaitan sejarah Anwar sebelum ini yang turut terbabit dalam isu moral.

“Jumpa di mahkamah lah… kita kisahkan tentang sejarah,” katanya mengulas saman dikemukakan Anwar terhadapnya semalam (13 Disember 2022) berhubung ucapan yang didakwa kononnya berbaur fitnah dalam satu kempen ceramah ‘Jelajah PN Best Tambun’.

Anwar, 75, yang juga plaintif, memfailkan saman itu menerusi Tetuan SN Nair & Partners di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah dengan menamakan Muhammad Sanusi, 48, sebagai defendan tunggal.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Presiden PKR yang gagal menunjukkan bukti menerima sokongan ahli Parlimen sebelum dilantik sebagai Perdana Menteri itu, mendakwa pada 13 November lalu, Muhammad Sanusi telah memberi ucapan pilihan raya pada ceramah itu sebagai menyokong calon PN bagi Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dengan ratusan pengunjung menghadiri ceramah itu.

Dakwa Anwar, ucapan dalam ceramah itu telah diterbitkan atau menyebabkan penerbitan semula dan disiarkan secara siaran langsung di aplikasi Facebook di bawah nama “Faizal Azumu” yang mendapat tontonan melebihi 88,000 kali, 531 reaksi, 58 kali perkongsian dan 384 komen, setakat tarikh pemfailan saman itu.

Bagaimanapun, dalam surat jawapan daripada peguamnya dari firma Yusfarizal Aziz & Zaid Advocates & Solicitors kepada Tetuan SN Nair & Partners yang mewakili Anwar, Muhammad Sanusi tidak menafikan membuat ucapan itu.

Firma itu memaklumkan pihaknya diarahkan oleh Muhammad Sanusi sebagai anak guam untuk menyatakan dengan jelas bahawa beliau tidak menafikan membuat ucapan pada 13 November lalu yang disiarkan dalam akaun Facebook ‘Faizal Azumu’.

“Artikel berita diterbitkan portal MalaysiaKini bertajuk ‘Kes liwat Anwar: Dulu kesian sungguh, sekarang PAS kata kena pikiaq’ bertarikh 14 November dan video dimuat naik dalam aplikasi akaun Youtube MalaysiaKini pula tidak berada dalam kawalan atau milikan anak guam kami.

“Oleh yang demikian sekiranya terdapat apa-apa olahan atau penambahan fakta, ulasan atau komen yang membawa kepada apa-apa unsur fitnah, ia dibuat oleh portal MalaysiaKini dan di luar kawalan anak guam kami,” katanya.

Firma itu menyatakan, surat tuntutan bertarikh 16 November kepada Muhammad Sanusi juga tidak menyatakan dengan jelas kata-kata fitnah terkandung dalam ucapan berkenaan sebaliknya hanya menyatakan petikan secara umum.

“Dalam apa jua keadaan, anak guam kami menafikan bahawa ucapan tersebut adalah terjumlah kepada suatu ucapan berunsur fitnah. Sekiranya kata-kata fitnah merujuk kepada ucapan anak guam kami berkenaan salah laku dan kes-kes jenayah melibatkan anak guam pihak tuan, anak guam kami menafikan tuduhan tersebut,” katanya.

Firma itu berkata ucapan Muhammad Sanusi dibuat berdasarkan fakta yang sememangnya berlaku iaitu sekitar 1998, Anwar sememangnya dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO atas dakwaan salah guna kuasa dan isu moral.

Selain itu surat tersebut turut menyatakan beberapa lagi kes melibatkan Anwar di mahkamah selain pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Oleh demikian, anak guam kami melalui ucapan tersebut telah memaklumkan kepada orang ramai tentang fakta-fakta yang sememangnya berlaku pada tahun-tahun lepas, yang telah diketahui umum.

“Hanya kerana anak guam pihak tuan telah diberikan pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong, ia tidak menghalang mana-mana pihak daripada menyebut atau menyatakan fakta-fakta dan sejarah yang berlaku berkaitan anak guam pihak tuan,” katanya.

Surat itu turut menyatakan bahawa Muhammad Sanusi menegaskan yang dirinya mempunyai pembelaan bermerit di bawah undang-undang.

“Dalam keadaan ini, kami mempunyai arahan anak guam untuk menerima tuntutan bagi pihaknya dan anak guam kami dengan ini merizabkan kesemua haknya yang diperuntukkan undang-undang,” katanya.

Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan

Berita berkaitan
PM lantik anak jadi penasihat kanan
11 jam lalu· Isu semasa
Amanah Kedah sokong pakar Singapura dibawa masuk KPKT, pertahan menteri DAP
January 26, 2023· Politik
Nak bangun negara madani apa, lantik TPM ada kes mahkamah: Sanusi
January 24, 2023· Politik
Bajet baharu akan dibentang, tak sama dengan kerajaan Ismail Sabri: Anwar
January 17, 2023· Isu semasa
Popular
PM lantik anak jadi penasihat kanan
January 29, 2023
Penceramah program Assalamualaikum dakwa digugurkan akibat tekanan pihak atasan
January 29, 2023
Gopal Sri Ram meninggal dunia pada usia 79 tahun
January 29, 2023
Anwar sahkan lantikan anak, tapi tak ada elaun
January 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes berprofil tinggi dikendalikan Sri Ram yang terkenal
6 jam lalu · Isu semasa
Anwar sahkan lantikan anak, tapi tak ada elaun
6 jam lalu · Isu semasa
Hujan lebat tahap bahaya dijangka landa Pahang, Johor dan Sabah hingga Isnin
12 jam lalu · Isu semasa
Penceramah program Assalamualaikum dakwa digugurkan akibat tekanan pihak atasan
15 jam lalu · Isu semasa
Gopal Sri Ram meninggal dunia pada usia 79 tahun
15 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ramai dah mula sedar, UMNO tak peduli orang Melayu
14 jam lalu
[VIDEO] Terserah kepada KJ sertai Bersatu
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok