Sama berkesan vaksin Sinovac, Pfizer dalam lawan Covid-19

Dua jenis vaksin iaitu Sinovac dan Pfizer adalah sama berkesan dalam membentuk imuniti dalam badan untuk melawan Covid-19, jelas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada data perubatan dan kajian, Dr Noor Hisham berkata pada 7 Julai, New England Journal of Medicine menerbitkan laporan mengenai pengalaman Sinovac di Chile mulai Februari hingga Mei 2021 yang melibatkan 4.2 juta individu diberi vaksin sepenuhnya berbanding 5.5 juta penduduk yang tidak diberi vaksin.

“Sinovac didapati boleh mengurangkan jangkitan Covid-19 sebanyak 65.9 peratus, mengurangkan rawatan di hospital sebanyak 87.5 peratus, mengurangkan jumlah pesakit ditempatkan unit rawatan rapi (ICU) sebanyak 90.3 peratus dan mengurangkan kadar kematian sebanyak 86.3 peratus,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Dr Noor Hisham berkata ujian Pfizer sebaliknya yang melaporkan keberkesanan 95 peratus adalah sangat kecil dan hanya menganalisis 170 kes Covid-19 melibatkan sekumpulan lapan individu yang divaksinasi dan 162 orang yang tidak divaksinasi.

Oleh itu, beliau berkata tidak banyak perbezaan antara vaksin Sinovac dan Pfizer dalam penggunaannya.

“Kedua-duanya sangat berkesan untuk mencegah penyakit yang teruk dan dimasukkan ke hospital, tetapi kurang efektif untuk melawan Covid-19 bergejala ringan atau tanpa gejala,” tambahnya.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) merekodkan pencapaian 14,772,221 dos suntikan kepada orang ramai setakat semalam.

Secara keseluruhan sehingga semalam, 10,097,841 individu menerima suntikan dos pertama, manakala 4,674,380 melengkapkan dos kedua masing-masing.

Untuk rekod, Malaysia menggunakan beberapa jenis vaksin yang diberikan kepada orang ramai, antaranya vaksin keluaran Pfizer-BioNtech, keluaran Astra Zeneka, keluaran Sinovac, keluaran CanSino dan keluaran Gamaleya, ia menurut maklumat dalam aplikasi MySejahtera.

BERITA BERKAIT
POPULAR